Sunday 18 March 2012

MATTA FAIR 2012

Salam satu Malaysia semua..
Hari ini merupakan hari terakhir MATTA FAIR di PWTC. Setelah berlangsung selama 3 hari bermula 16hb sehinggalah 18hb Mac 2012. Kali ni CA nekad nak pergi sebab dah lama terlepas peluang keemasan ni. Kami pergi awal jugak, dalam pukul 9.30 dah bertolak bukan apa malas la nak bersesak ramai2. Sampai sana seperti yang dijangka tak ramai lagi entrance yang pertama di Hall 1 pelancongan luar negara. Memang target CA dan keluarga nak ke Veitnam atau Padang kali ni...Sambil tu CA cari juga pakej untuk rombongan sekolah ke Singapura atau Bandung...Dalam masa mencari tu perut pun dah lapar dan anak2 pun dah meragam..naik la ke tkt 1M untuk menjamu selera...harga pada CA memang berbaloi sebab sedap belaka..nasi beriyani RM 10, nasi lemak RM 4, Makaroni RM 10 dan air RM 4...sambil makan mata kami pun dijamu dengan persembahan tarian sempena perasmian penutup MATTA FAIR ni...lepas tu terus balik tak sempat nak tgk hall 2 dan 3...anak dan suami sama naik ragamnya...tapi kakak CA masih lagi berada di sana saat ini sebab nak tgk pelancongan domestik plak..CA minta tolong cari pakej best ke Sarawak...tengoklah nanti...

Secara keseluruhannya di MATTA FAIR banyak kelebihannya, antaranya anda boleh berbincang sendiri dengan pihak agensi selain promosi yang kaw2 istimewanya..memang pakej istimewa tu hanya dapat masa di MATTA FAIR je kalau tidak mahal la sikit..tapi takpe sekiranya tak dapat pergi bulan Mac ni nantikanlah MATTA FAIR pada bulan September..so get ready je duit boleh booking terus...jgn lupa rancang pelancongan anda supaya apa yang diimpikan menjadi kenyataan dan meninggalkan seribu kenangan...

 ni lepas beli tiket...RM 3 sahaja...kanak2 free...

 papa dan rizki...suka la tu dapat belon..

 ni family kakak aku..orang yg paling ghairah nak bergambar dengan Miss Tourism Indonesia adalah baju hitam tu..my brother in law..

 ni la persembahan yg CA katakan tu..syok gak tengok tarian Indonesia ni..

 rizqi yang tengah melasak..

 qashreena with mak long...menjelir lidah plak dia..

 bayar RM 3 dapat la bag tu, boleh disumbat semua pamplet/risalah yg diberi...

 sukanya dia..pilih la nak pegi mn tahun ni?

 pakej ke vietnam..


pakej ke padang...yg mn satu yek?