Sunday 13 May 2012

LAWATAN KE SEREMBAN BERSAMA KOMUTER (KTMB)

Salam Satu Malaysia semua ....
Dah lama rasanya CA tak menjenguk blog CA ni...kali ini CA nak berkongsi pengalaman CA membawa pelajar - pelajar pendidikan khas SMK Rawang ke Seremban dengan menaiki komuter. Pada awalnya CA tolong kakak tengok harga tiket keretapi ke Hatyai. Last2 terfikir pulak nak bawak pelajar menaiki komuter. Godek punya godek dalam laman web KTMB terjumpa la satu pakej ronda - ronda bersama KTMB. Ada banyak pakej yang ditawarkan iaitu ke KUALA LUMPUR, SRI MENANTI/ULU BENDUL, PORT DICKSON, AIR PANAS PEDAS & PULAU KETAM.
        Fikir punya fikir akhirnya CA pilih ke Port Dickson. Mula2 x confident nak buat lawatan ni sebab takut nak minta duit dengan pelajar sebab kos yang tinggi. Tapi setelah CA buat surat minta diskaun baru la bersemangat balik. Itupun mula2 pelajar2 CA macam nak tak nak je pergi. Nasib baik target 19 orang pelajar tercapai jugak.
       Bagi pakej ke Port Dickson harga sebenarnya adalah RM 42.00 (kanak2) dan RM 54.00 (dewasa)...setelah diskaun dapat RM 38.00 di mana tiket pergi dan balik bagi menaiki komuter adalah PERCUMA.... terima kasih tak terhingga kepada pihak KTMB...Terutama En. Kamaruddin dan our tour guide En. Shaiful...

Tanpa membuang masa CA nak biarkan gambar2 di bawah saja yg menceritakan segala kegembiraan kami sepanjang lawatan kali ini....

Tarikh Lawatan                         : 26 april 2012
Hari                                        : Khamis
Jum. Peserta                            : 33 orang
Pakej Ronda - ronda yang dipilih : Port Dickson (Muzium Tentera Darat, Teluk Kemang, Hutan Simpan Sg. Menyala dan Jelita Ostrich Farm)




Bersama pemandu pelancong kami En. Shaiful dari KTMB..setia bersama kami dari mula kembara sehinggalah ke akhirnya...



berposing dengan kereta kebal.. 


@ Muzium Tentera Darat...Kapsul Masa..dalam ni ada amanat untuk anggota tentera yang akan dibuka pada tahun 2020 nanti...



Bukan main lagi ye..berposing sakan dekat jeep ni..




bersiap sedia untuk melalui terowong yang gelap gelita...ada la beberapa section yg ada lampu tp meremang bulu roma CA masa tengok section bilik pembedahan...




Berposing di pesawat pejuang...hati2 tangga mcm nak roboh..






ni masa kat Hutan Simpan Sg. Menyala..dapat ilmu mengenai suku kaum orang asli dan jenis2 pokok yang ada di Malaysia..dari kiri Jamuna, Hamizah, Ainur dan Izati Debok..




Syazwan yang berat ni pijak telur burung kasawari pun tak pecah...betapa kerasnya telur ni...
@ Jelita Ostrich Farm



bersiap sedia menonton perlumbaan burung kasawari..susah giler nak tunggang..sedikit info untuk semua apabila menunggang burung unta anda perlu menutup mata burung unta sekiranya tiba di kawasan yang berselekoh..he..he..contoh kalau nak corner ke kanan tutup mata kiri dia kalau nak ke kiri tutup la mata kanan sb burung ni reti lari straight je...



takut giler CA x berani nak masuk kandang ni...tengokla tu pandang orang mcm nk makan je ostrich ni..




kambing ni manja sangat..ingatkan anjing sb dok menggesel kat orang rupanya En. mbek...tapi kasihan sb kakinya kudung bhgn belakang sebelah kanan...




yang ni aktiviti paling best sekali menunggang ostrich...siap dapat sijil lagi...


lebarnya senyuman En. shaiful..cam adik beradik plak depa 3 orang ni...ni on the way pulang ke Rawang...



CA tertidur kepenatan di dalam komuter...padahal berlakon je tu..

----------------------------------------------------------------------------------------------

 


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK RAWANG, KM 25.6 JALAN IPOH
48000 RAWANG, SELANGOR


1.0  PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’, maka Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Rawang telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Singapura. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar.

2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara untuk memasyarakatkan golongan         berkeperluan khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0 OBJEKTIF
     1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada 
         pelajar - pelajar pendidikan khas membina keyakinan diri melalui aktivti 
         sosial yang bersesuaian.
     2. Dapat membuka minda pelajar-pelajar pendidikan khas dengan
         suasana dan pengalaman yang baru.
     3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan
         dengan dunia luar dan masyarakat.
     4. Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang
         pengajaran dan pembelajaran untuk pendidikan khas.


4.0       DESTINASI

            Singapura
           
5.0       PERLAKSANAAN LAWATAN
           
            Tarikh             : 18 - 19 Oktober 2012
            Hari                 : Khamis - Jumaat
            Masa               : 7.00 pagi – bertolak
                                     12.30 malam – tiba di Rawang

6.0       KUMPULAN SASARAN
            Program ini disasarkan kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan PPM
PPKI, SMK Rawang.




SENARAI NAMA PELAJAR-PELAJAR

BIL
NAMA PELAJAR
1.
Abdul Khalis bin Zainudin
2.
Chee Siew Chong
3.
Chong Ne Fong
4.
Hiran Raj a/l Ganesan
5.
Kannan a/l Mumudi Vanten
6.
Liew Wei Soing
7.
Mohammad Syazwan b Adanan
8.
Muhamad Firdaus b Hasim
9.
Muhamad Hazrul b Hussin
10.
Muhammad Amirul b Abdul Latif
11.
Muhammad Afiq b Abdul Rahman
12.
Muhammad Afiq Iqmal b Muhammad Zaini
13.
Muhammad Haziq Hafiz b Nor Azizi
14.
Muhammad Roszaiman b Hasnol
15.
Nur Afiq Hakim b Mohd Aris
16.
Sulaiman bin Ismail
17.
Syukri bin Sallehudin
18.
Wong Jia Herng
19.
Wong Leong Chun
20.
Yong Wai Keat
21.
Ainur Shakira bt. Jamaludin
22.
Jamuna a/p Veraiah
23.
Nur Hamizah bt. Rosli
24.
Nurizzati bt. Sallehodin
25.
Raihana bt. Ahmad
26.
Than Kai Qi

SENARAI NAMA GURU & PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)

BIL.
NAMA
1.
En. Norkasani b. Kamar
2.
En. Md. Nawawi b. Hassan
3.
Pn. Marhaini bt. Dasiron
4.
Pn. Rosita bt. Mohd Said
5.
Pn. Nirmala a/p Palaniandy
6.
Pn. Siti Aishah bt. Khairudin
7.
Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz
8.
Pn. Mastura bt. Abd Hamid
9.
Pn. Wan Azita bt. Wan Yahya
10.
Pn. Noor Jannah bt. Salleh
11.
Pn. Hairani bt. Harun
12.
Pn. Asmahani bt. Hussin







7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA
KUANTITI
JUMLAH
Bas (Duit LPBT)
1 x RM 2000.00
RM   2000.00
Pakej ke Singapura (Tanggungan Sendiri)
15 x RM310 .00 (pel)
12 x RM 330.00 (guru)
RM   4650.00
RM   3960.00
Jumlah
RM 10610.00

7.1       AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

               Pengerusi                                      : Pn. Hamidah bt. Husin
                        (Pengetua SMK Rawang)
               Naib Pengerusi                              : En. Norkasani b. Kamar
                                    (Pen. Kanan PPKI, SMK Rawang)
              Setiausaha                                      : Pn. Siti Aishah bt. Khairudin
              Bendahari                                       : Pn. Nirmala a/p Palaniandy
              AJK Pengangkutan                        : Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz
              AJK Dokumentari/Dokumentasi   : Pn. Mastura bt. Abd Hamid 
                                                                          Pn. Noor Jannah bt. Salleh
              AJK Makanan dan Minuman         : Pn. Nirmala a/p Palaniandy
                                                                          Pn. Rosita bt. Md said
              AJK Disiplin                                    : En. Md. Nawawi b. Hassan
                                                                          Pn. Marhaini bt. Dasiron
              AJK Keselamatan/kebersihan      : Pn. Hairani bt. Harun
               Pn. Asmahani bt. Hussin

7.2    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

      1. Setiausaha       :
          Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat   
          dengan proram lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib
          Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan program. Membuat
          follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.

      2. Bendahari                     :
          Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi
          perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.

      3. AJK Pengangkutan :
          Menghubungi pihak bas – sebuah bas, bayaran,  memastikan bas                
          mempunyai permit dan insurans serta memastikan kedudukan pelajar   
          semasa di dalam bas.

      4. AJK Makanan & Minuman :
          Menguruskan makan dan minum pelajar sepanjang lawatan.

      5. AJK Dokumentasi/dokumentari          :
          Menyediakan peralatan untuk dokumentari/dokumentasi (kamera, video-
          cam) dan mendokumentasikan aktiviti sepanjang program berlangsung.

      6. AJK Disiplin      :
          Memastikan disiplin pelajar sepanjang aktiviti dijalankan.


      7. AJK Keselamatan & Kebersihan :
          Mengawasi keselamatan peserta sepanjang program berjalan. 
          Menyediakan plastik (sampah dan muntah) serta first aid. Memastikan
          kebersihan sepanjang perjalanan dan penginapan.

7.3       TENTATIF LAWATAN

            HARI PERTAMA
7.00 AM       BERTOLAK KE JOHOR BHARU
12.00 PM     MAKAN TENGAHARI DI JB
1.00 PM       CHECK IN HOTEL
2.00 PM       LAWATAN SEKITAR JB
7.00 PM       BERIADAH DI DANGA BAY
9.00 PM       BALIK KE HOTEL

HARI KEDUA
7.00 AM      SARAPAN PAGI DI HOTEL DAN CHECK OUT
8.00 AM      BERTOLAK KE SINGAPURA
9.30 AM      MELAWAT SENTOSA ISLAND
10.00 AM    UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE (USS)
7.00 PM      BERTOLAK DARI SINGAPURA
12.30 AM    DIJANGKA TIBA DI RAWANG

7.4       PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Rawang. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.


Disediakan oleh :       

……………………………………..
(SITI AISHAH BT. KHAIRUDIN)
Setiausaha
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Rawang                                                                  


Disemak oleh :

……………………………      
( NORKASANI B. KAMAR)
Penolong Kanan
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Rawang                                                                  

Disahkan oleh :

……………………………
(HAMIDAH BT. HUSIN)
Pengetua
SMK Rawang