Tuesday 13 November 2012

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Pada 11 Nov 2012 bersamaan hari Ahad CA dan keluarga bertolak ke Melaka. Sebenarnya perancangan kali ni dibuat oleh kakak2 CA. Ikutkan ini kali kedua CA ke Melaka dalam tahun 2012. Mei aritu menghantar adik angkat ke UTEM dan kali ini bercuti bersama keluarga. Tempoh percutian kami singkat sahaja tapi penuh dengan memori. Ikutkan tak cukup ke Melaka 2H1M tapi kami rancang dengan baik aktiviti sepanjang di sana dan Alhamdulillah dapat juga melawat ke tempat yang memang teringin nak pergi. Tempat yang dah pernah pergi memang takde dalam list CA sebab nak kejar masa seperti A'famosa, Muzium Samudera, Muzium Kastam, Muzium TLDM kecuali Melaka Rivercruise dan Menara Taming Sari (yang ni wajib naik..memang best). 

Kami bertolak 11 Nov tu pada jam 8.30 pagi dari Rawang dan tiba di Ayer Keroh lebih kurang jam 11.00 pagi. Itupun berenti sekali sebab nak buang air bab makan tak payah fikir sebab mak CA siapkan bekal bukan main banyak macam nak berniaga pulak.  


Destinasi pertama kami adalah Zoo Melaka. Di sini memang sesuai untuk kanak-kanak sebab terdapat 215 spesis binatang yang kita pernah tengok mahupun yang tak pernah tengok. CA sendiri yang tengah sarat mengandung ni pun macam tak percaya boleh berjalan seluas 22ha kawasan Zoo Melaka ni. Kalau tak larat boleh naik trem ye. Safari at Night pun ada di Zoo Melaka ni untuk mengetahui harga dan maklumat mengenai Zoo Melaka boleh klik di sini.

Selamat Datang ke Zoo Melaka...

 my family..ni mula2 skali masuk jumpa la si burung kakak tua...cantik2 semuanya..

 setelah penat berjalan lepaklah sekejap di hadapan kandang rimau...aumm..jangan lupa bawak payung/topi sebab panas sangat2...

tu dia pakcik rimau dengan anak buahnya...

Kami seterusnya menuju ke Homestay D'alai yang terletak di Kg. Alai. Tak jauh pun dari bandar Melaka lebih kurang 8km sahaja. Suasana memang selesa untuk keluarga. Terdapat banyak bilik disediakan yang penting tempah awal. Harganya pun berpatutan. Kami tempah 4 bilik berjumlah RM 360.00 jadi satu bilik RM 90.00. Kemudahan yang disediakan ada dapur dan kolam renang untuk dewasa mahupun kanak-kanak.



Tapi bagi mereka yang berminat duduk dibandar CA syorkan kondominium yang terletak di Mahkota Century Hotel, betul-betul depan Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan (boleh shopping di Herritage beli cencalok dan kerepek2/dodol dll). Sila hubungi Mr. Naga 012-6590305. Satu malam RM 290.00 ni harga masa CA pegi bulan Mei aritu menghantar adik angkat ke UTEM. Sekarang tak tau la takut dah naik.

Ada dua bilik di sini. Kemudahan yang disediakan adalah parking kereta, kolam renang, gym, tennis court dan banyak lagi la. Sebenarnya kondo ni persendirian punya so kalau kita sewa kita boleh guna member card owner tu. Tapi tak sempat pun sebab asyik berjalan je kan.CA sempat berenang dengan anak2 jer petang tu.


My lovely princess and prince...CA suka pemandangan di sini nampak laut Selat Melaka yang cantik. Ok sambung semula percutian CA yang terbaru ni...setelah check in semua dah penat tapi anak2 sibuk nak mandi kolam layan jela sambil melantak bekal yang mak sediakan. Selepas maghrib kami terus ke    Medan Selera MBMB terletak tak jauh dari homestay kami. Sebelum ke Melaka memang dah target nak makan ikan bakar jadi di situ terdapat banyak gerai dan kedai makan. Kami telah memilih Seri Muara Alai Hj. Nasir Ikan Bakar. Macam2 ada kat situ tapi sikit tak puas hati la sebab CA bayangkan ikan pari bakar yang CA nak tu ada sambal/pes mcm kat johor tp kosong je...bedal je la..banyak lagi restoran yang lain, boleh pilih ye... selepas itu kami terus ke Melaka Rivercruise...


Terpaksa beratur panjang semata-mata nak naik cruise waktu malam. Sebelum ni CA naik waktu pagi kali ni teringin malam plak..memang ada beza naik waktu siang nampak biawak comando yang besar giler. Biawak2 ni telah mendapat tajaan daging sebulan 2 kali dari Tesco dan memang kerajaan Melaka sediakan peruntukkan untuk makanan biawak dan juga maintenance untuk bangunan2 serta rumah di tepi sungai tersebut. Naik waktu malam pula dapat lihat keindahan cahaya lampu yang dihiasi di setiap rumah dan lukisan-lukisan dibangunan tersebut. Memang berbaloi la harga tiket RM 10.00 utk dewasa dan RM 5.00 utk kanak2 bawah 12 thn.


baby rizqi dengki betul dengan mama..habis selendang mama kena tarik...ni masa dalam bot menikmati panorama yang indah..kami punya pemandu bot pun pandai berceloteh bagi penerangan..salah satu yang menarik minat CA adalah tentang homestay di Kg. Morten. Mesti seronokkan kalau dapat bermalam disitu betul2 berdepan dengan sungai Melaka dan terletak di tengah2 bandar.

Keesokkannya kami terus check out pada jam 9.00 pagi dan terus ke Bandar Hilir untuk sarapan dan melawat tempat2 bersejarah di situ. Kami bersarapan di Medan Samudera yang CA rasa bukan sarapan dah sebab kami makan nasi berlauk terus. Lepas makan kami berjalan dalam medan tu untuk beli souvenir....Selepas itu, antara tempat yang family CA lawati adalah Muzium Kastam, Muzium Samudera dan Menara Taming Sari. Lagi satu beca, jangan lupa cuba la naik beca melawat sekitar bandaraya melaka..harga tak fix la ada yang rm 30 ada yang rm 40..hmmm nasibla ye..takut ada yg kena rm 50 ..jgn naik plak membazir...survey dulu k...

wajib naik ye..pesanan kalau bawak makanan siap2 la simpan dalam beg kalu tak kena tinggalkan kat mana2 dulu ...



yang ni antara permainan yang ada dekat menara taming sari..sebenarnya kena bayar kat kaunter tiket tapi disebabkan kami malas nak masuk balik kami tak bagi la anak2 main tapi disebabkan muka kesian budak2 ni dapat juga naik kuda percuma ehsan abang penjaga area mainan ni...tq  dik :). Berdekatan dengan menara taming sari ada duck tour...yang ni memang best sb mula2 bersiar di atas darat kemudian terus ke laut...bestkan tapi sayang kami dah penat sangat so tak sempat nak naik...next time CA mesti nak naik jgk duck tour ni...


macam ginilah bentuknya..bestkan...


Inilah harganya.. so selamat melancong ke Melaka dan rancangla percutian anda..Cuti-cuti Malaysia segalanya ada di sini...