Tuesday 26 March 2013

CONTOH KERTAS KERJA LAWATAN

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Di sini CA nak berkongsi kertas kerja yang CA guna pakai sepanjang melaksanakan aktiviti lawatan. Sebenarnya ada banyak contoh lain yang lebih baik tapi ini kk yang biasa CA gunakan.Sekadar berkongsi buat teman2 guru yang bertanyakan CA tentang proses melaksanakan lawatan terutamanya lawatan ke USS. Terima kasih sebab sudi layari blog CA. Dikesempatan ini CA mohon maaf sangat sb tak dapat nak publish kk ni spt yang dijanjikan. CA hadapi pelbagai rintangan sepanjang cuti bersalin ni..yang paling sedih bila baby yang baru lahir dimasukkan ke ICU kerana jangkitan kuman pada paru2. 2 minggu lepas tu masuk balik wad biasa di HKL. Minta rakan2 yang melayari blog CA mendoakan kesihatan baby Surfina sihat selalu. Tapi harus diingat ini hanya contoh sahaja ia bergantung kepada cara pengetua anda juga. Nanti jangan salahkan CA bila pengetua tak terima kertas kerja anda. Seperti yang dijanjikan CA kongsikan kk yang CA guna pakai:




PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK RAWANG, KM 25.6 JALAN IPOH
48000 RAWANG, SELANGOR


1.0         PENDAHULUAN
   Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak  pengalaman’, maka Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Rawang telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Singapura. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar.

2.0      RASIONAL
      Selaras dengan hasrat Negara untuk memasyarakatkan golongan          
berkeperluan khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0     OBJEKTIF
       1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada 
           pelajar - pelajar pendidikan khas membina keyakinan diri melalui aktivti 
           sosial yang bersesuaian.
       2. Dapat membuka minda pelajar-pelajar pendidikan khas dengan
           suasana dan pengalaman yang baru.
       3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan
           dengan dunia luar dan masyarakat.
       4. Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang
           pengajaran dan pembelajaran untuk pendidikan khas.


4.0       DESTINASI

            Singapura & Johor Bharu
           
5.0       PERLAKSANAAN LAWATAN
           
            Tarikh              : 18 - 19 Oktober 2012
            Hari                 : Khamis - Jumaat
            Masa               : 7.00 pagi – bertolak
                                     12.30 malam – tiba di Rawang


6.0       KUMPULAN SASARAN
             Program ini disasarkan kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan PPM
   PPKI, SMK Rawang. (Sekiranya tidak mahu meletakkan senarai nama peserta 
             lawatan seperti di bawah anda boleh nyatakan jumlah pelajar dan guru  
             yang mengikuti lawatan tersebut sahaja. Tujuan saya menyenaraikan 
             nama peserta lawatan adalah bagi tujuan penajaan pihak tertentu 
             sahaja).

SENARAI NAMA PELAJAR-PELAJAR

BIL
NAMA PELAJAR
1.
Abdul Khalis bin Zainudin
2.
Chee Siew Chong
3.
Chong Ne Fong
4.
Hiran Raj a/l Ganesan
5.
Kannan a/l Mumudi Vanten
6.
Liew Wei Soing
7.
Mohammad Syazwan b Adanan
8.
Muhamad Firdaus b Hasim
9.
Muhamad Hazrul b Hussin
10.
Muhammad Afiq b Abdul Rahman
11.
Muhammad Afiq Iqmal b Muhammad Zaini
12.
Muhammad Haziq Hafiz b Nor Azizi
13.
Muhammad Roszaiman b Hasnol
14.
Nur Afiq Hakim b Mohd Aris
15.
Sulaiman bin Ismail
16.
Syukri bin Sallehudin
17.
Wong Jia Herng
18.
Wong Leong Chun
19.
Yong Wai Keat
20.
Ainur Shakira bt. Jamaludin
21.
Jamuna a/p Veraiah
22.
Nur Hamizah bt. Rosli
23.
Nurizzati bt. Sallehodin
24.
Raihana bt. Ahmad
25.
Than Kai Qi


SENARAI NAMA GURU & PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)

BIL.
NAMA
1.
En. Norkasani b. Kamar
2.
En. Md. Nawawi b. Hassan
3.
Pn. Marhaini bt. Dasiron
4.
Pn. Rosita bt. Mohd Said
5.
Pn. Nirmala a/p Palaniandy
6.
Pn. Siti Aishah bt. Khairudin
7.
Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz
8.
Pn. Mastura bt. Abd Hamid
9.
Pn. Wan Azita bt. Wan Yahya
10.
Pn. Noor Jannah bt. Salleh
11.
Pn. Hairani bt. Harun
12.
Pn. Asmahani bt. Hussin


7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN


PERKARA
KUANTITI
JUMLAH
Bas (Duit LPBT)
  1 x RM 3000.00
RM   3000.00
Pakej ke Singapura (Tanggungan Sendiri)
25 x RM 236 .00 (pel)
12 x RM 330.00 (guru)
RM   5900.00
RM   3960.00
Jumlah
RM 12860.00




7.1       AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi
:
Pn. Hamidah bt. Husin
(Pengetua SMK Rawang)

Naib Pengerusi
:
En. Norkasani b. Kamar
(Pen. Kanan PPKI, SMK Rawang)
Setiausaha
:
Pn. Siti Aishah bt. Khairudin
Bendahari
:
Pn. Nirmala a/p Palaniandy
AJK Pengangkutan        
:
Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz
AJK Dokumentari/Dokumentasi
:
Pn. Mastura bt. Abd Hamid
Pn. Noor Jannah bt. Salleh
AJK Makanan dan Minuman
:
Pn. Nirmala a/p Palaniandy
AJK Disiplin
:
Pn. Marhaini bt. Dasiron
Pn. Rosita bt. Mohd Said
En. Md. Nawawi b. Hassan
AJK Keselamatan/kebersihan
:
Pn. Hairani bt. Harun
Pn. Asmahani bt. Hussin
    
7.2    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

      1. Setiausaha       :
          Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat   
          dengan proram lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib
          Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan program. Membuat
          follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.

      2. Bendahari                     :
          Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi
          perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.

      3. AJK Pengangkutan :
          Menghubungi pihak bas – sebuah bas, bayaran,  memastikan bas                
          mempunyai permit dan insurans serta memastikan kedudukan pelajar   
          semasa di dalam bas.

      4. AJK Makanan & Minuman :
          Menguruskan makan dan minum pelajar sepanjang lawatan.

      5. AJK Dokumentasi/dokumentari          :
          Menyediakan peralatan untuk dokumentari/dokumentasi (kamera, video-
          cam) dan mendokumentasikan aktiviti sepanjang program berlangsung.

      6. AJK Disiplin      :
          Memastikan disiplin pelajar sepanjang aktiviti dijalankan.


      7. AJK Keselamatan & Kebersihan :
          Mengawasi keselamatan peserta sepanjang program berjalan. 
          Menyediakan plastik (sampah dan muntah) serta first aid. Memastikan
          kebersihan sepanjang perjalanan dan penginapan.

7.3    TENTATIF LAWATAN

         HARI PERTAMA
7.00 AM       BERTOLAK KE JOHOR BHARU
12.00 PM     MAKAN TENGAHARI DI JB
1.00 PM       CHECK IN HOTEL
2.00 PM       LAWATAN SEKITAR JB
7.00 PM       BERIADAH DI DANGA BAY
9.00 PM       BALIK KE HOTEL

HARI KEDUA
7.00 AM      SARAPAN PAGI DI HOTEL DAN CHECK OUT
8.00 AM      BERTOLAK KE SINGAPURA
9.30 AM      MELAWAT SENTOSA ISLAND
10.00 AM    UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE (USS)
7.00 PM      BERTOLAK DARI SINGAPURA
12.30 AM    DIJANGKA TIBA DI RAWANG

7.4    PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Rawang. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.


Disediakan oleh :       

……………………………………..
(SITI AISHAH BT. KHAIRUDIN)
Setiausaha
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Rawang     

*(Boleh ditukar kepada Setiausaha Program Lawatan)                                                                
Disemak oleh :

……………………………      
(NORKASANI B. KAMAR)
Penolong Kanan
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Rawang                                                                   

Disahkan oleh :

……………………………
(HAMIDAH BT. HUSIN)
Pengetua
SMK Rawang