Thursday 20 June 2013

BERYL'S CHOCOLATE WONDERLAND

Lagi entri baru..

Salam Jumaat semua kali ni CA nak kongsi cerita tentang Lawatan yang baru sahaja berlangsung semalam 20 Jun 2013 bersamaan hari Khamis iaitu lawatan ke Kilang Beryl's di Seri Kembangan. Sejujur-jujurnya CA tak dapat input yang banyak semasa di sana kecuali seronok sebab membeli coklat dan bergambar...(JANGAN MARAH YE PIHAK BERYL'S). Pada CA pengalaman ke sana sekadar membeli coklat sahaja sebab masa lawatan sekitar 10-15 min sahaja. Sebaik tiba di sana kami terus di bawa masuk ke Bilik Tayangan (x sampai 5 minit pun) selepas itu terus melawat kilang tu pun x sampai 10 min, kami x sempat nak bertanya apa pun tau2 dah keluar semula ke tempat mula-mula kami tiba. Yang CA dapat lihat dalam kilang tu proses packaging dan isi coklat ke dalam acuan..lepas tu x tau. mungkin rahsia kot..ntah la x boleh buat spekulasi takut kena saman. 


Mula-mula sampai ni la gambar yang CA snap sebab comel sangat...

 

 Ni gambar kedua masa ni kami baru lepas keluar dari bilik tayangan..kat belakang tu sebenarnya gua coklat la sb tu gelap je background nyer.. x bleh ambil gambar ye kat dalam ni..salah! CA x tau pun..

  
Ini lah proses pembuatan coklat di Beryl's tapi x lengkap lagi..sebenarnya kat dinding kilang ni penuh dengan info antaranya sejarah coklat dan proses pembuatan coklat la...tapi sebab masa yang diberi singkat sangat x sempat nak baca...sedih..


Keluar saje terus aktiviti membeli belah..sedap juga coklat Beryl's ni antara yang menjadi favourite CA adalah coklat Tiramisu...yummiiiiii.........



lagi produk dari Beryl's..macam2 ada...biskut pun ada..


lepas shopping amikla gambar...dah tak tau nak buat apa lagi...ni anak murid CA dari kiri ke kanan Jamuna, Izzati (bawak rm2.00 je..Cikgu Ina tolong belikan rm1.80 punya coklat..nasib ada), Ainur, Cikgu Mala dan Nadia..


Dari kiri ke kanan Nur Hamizah, Ne Fong, Jun Yi, Syukri, CA dan Cikgu Azita di Taman Mini Beryl's


Ainur Shakira with CA

                       

Kebetulan....ni murid pra sekolah yang tetiba jadi anak murid kami..
sweet sangat..


dari kiri ke kanan Syafiqah, Jun Yi dan Ne Fong yang terlebih ceria..


Nak dijadikan cerita..lepas lawatan kami lunch di Hotel Residence..tapi sebelum tu kami melawat sekitar UPM yang memang dekat je dgn kilang dan hotel ni....


Memperkenalkan warga PPKI SMK Rawang yang bertungkus lumus menjayakan semua aktiviti yang dirancang. Sekolah kami banyak aktiviti antaranya Terapi Kuda, Bowling, Berenang, Camping, Lawatan dekat dan jauh serta aktiviti lain anjuran sekolah, PPD mahupun JPN. Barisan yang duduk dari kiri our vogue PPM Pn. Asmahani, lovely student Raihana, Penyelaras Pn Marhaini dan Pen. Penyelaras Pn. Rosita. Berdiri di belakang dari kiri guru praktikal Pn. Ina, CA, Pn. Dayah, Pn. Mala, Cik Ifa (mantan guru praktikal), Pn. Azita, Cik Farah (mantan guru praktikal juga) dan Pn. Jannah. 


 Makan time...banyak pilihan dan sedap2 belaka...
RM 40.60 sahaja per kepala...sekarang tengah ada promosi untuk berbuka puasa...


Secara keseluruhannya, CA rasa lawatan ini berjaya sebab yang pertama semua anak2 istimewa CA dapat mengawal tingkah laku dengan baik...terutama semasa lunch semua tertib sungguh..very good lepas ni boleh buat dinner di hotel 4/5 star ye..Cuma yang CA ralat lawatan yang tersangat singkat di Kilang Beryl's..kalau boleh tambah masa dan bagila layanan yang mesra pada pelawat..x rugi pun pihak Beryl's jugak yang untung...

SEKIAN.. 




In Memory



Anda cikgu masakan? Dah buntu nak mengajar anak-anak istimewa kita memasak? Cubalah ke link ini Sensasi Kek Coklat pasti cikgu-cikgu boleh hasilkan produk untuk program cikgu sendiri. Cara buatnya mudah dan cara nak dapat income pun mudah. saya dah cuba dan berjaya. Anda bila lagi??? Side income kita sendiri pun boleh cikgu memang berbaloi.




3 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan tanah untuk boleh iklan sedikit, semoga maksud saya yang baik ini juga menjadi amal ibadah untuk Tuan/Puan hendaknya amiin.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  2. Assalam cikgu Aishah,

    saya nk tanya kalau kita nk buat lawatan ke kilang beryls ni perlu berurusan dgn siapa ye? sy ada hantar email pada pihak mereka tp xde respon lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry shikin saya lama x berblog..sibuk dgn urusan sekolah..pada saya xperlulah ke Kilang Beryls sangat merugikan sb xde apa pun yang menarik kecuali beli coklat..try pegi kilang lain je la...

      Delete