Wednesday 5 November 2014

HOMESTAY SG. HJ. DORANI

Assalammualaikum dan Salam Sayang semua....

Lamanyaaaaa tak menjengah ke blog CA ni. Mana tidaknya, tahun ni merupakan tahun yang sibuk buat CA sudahlah tu baru-baru ni laptop pulak buat hal. Stress yang amat sangat...apa pun tak boleh buat...takpelah sekarang ni terpaksalah CA himpunkan semua aktiviti lawatan CA tahun ni sekaligus..Pada tahun 2014 rakan CA merancang aktiviti lawatan dekat ke Petrosains dan Aquaria KLCC. Walaupun tak jauh dari sekolah kami, CA sendiri belum pernah jejakkan kaki ke sana. Rupa-rupanya seronok ye..banyak info dan pengalaman yang boleh diperolehi. Memang sesuai sangat kalau bawa murid sekolah mahupun seisi keluarga. Paling CA suka Aquaria la...ntah la sebab bila dapat tengok pelbagai jenis ikan yang cantik dan pelik sikit rasa bangga dengan ciptaan Allah s.w.t....
        Nanti CA sharekan tentang lawatan ke sana ye..untuk entri kali ini CA nak sharekan tentang pengalaman ke Sg. Hj. Dorani di Sabak Bernam, Selangor. Mesti ramai yang tertanya-tanyakan apalah yang ada di Selangor ni? Nah rupa-rupanya salah satu tempat yang seronok untuk dilawati adalah homestay di Sabak Bernam. Sebelum itu CA survey dulu nak pilih homestay yang mana..sebabnya ada banyak homestay yang ada di Sabak Bernam ni. Survey punya survey akhirnya CA pilih pakej Homestay JKKK Sg. Hj. Dorani
       Apa yang menarik tentang homestay ni ye?? Pertama sekali yang kita dapat adalah menikmati suasana kampung yang sungguh menyamankan. Kedua ada banyak perusahaan IKS yang boleh kita lawati di sana bukan saja boleh beli secara runcit malah secara borong pun boleh..(bagi yang kaki bisnes tersangatlah sesuai). Terdapat banyak produk IKS di sana bukan sahaja sedap malah berkualiti lagi ye. Antara produk IKS yang ada adalah perusahaan keropok lekor, aneka kerepek, bahulu,nata de coco dan minyak kelapa dara. Okey tanpa membuang masa CA nak kongsikan tentatif dan gambar-gambar sepanjang kami berada di sana:



TENTATIF LAWATAN



30 Ogos 2014 (Sabtu)



Jam 10.00 pagi:

- Minum ' Selamat Datang ' di Balai Raya Comel

- Taklimat kampung dan suai kenal / bergambar

- Lawatan IKS - Kerepek, bahulu, nata de coco, keropok lekor dll

- Makan tengah hari di Balai Raya Comel



Jam 1.30 petang.

- Rehat / solat : Masjid An Nur
  ( Lokasi penggambaran drama TV3 - Nur Kasih dan drama TV9 - Oh

    kampungku ! )

- Memancing ikan darat/sawah padi


- Melawat sekitar kampung dengan menaiki gondola
- Melawat Pasar Petang

- Makan malam di Balai Raya Comel ( Mengikut kesesuaian masa )

- Balik ke rumah penginapan/ Rehat 


Jam 8.30 malam.


- Majlis Cukur Jambul dan BBQ (sempena malam kemerdekaan)



Jam 11.30 malam.

- Balik ke rumah penginapan - Rehat / tidur



31 Ogos 2014 (Ahad)


Jam 8.00 pagi

- Sarapan pagi di Balai Raya Comel

- Majlis Perpisahan
- Melawat Muzium wak Surji dan bersiar sekitar Bandar Sabak Bernam
- Makan tengahari di rumah Ustaz Nor Kasani b. Kamar (mantan PK Pend. Khas PPKI SMK Rawang)



Jam 1.00 tgh

- Bertolak pulang ke Rawang

HARI PERTAMA




Sebaik tiba di Homestay Sg. Hj. Dorani, kami terus disambut oleh Ustaz Hj. Abd. Jalil dan juga Abang Shukri selaku pengelola program. Selepas menjamu selera, kami dibawa melawat perusahaan IKS yang pertama iaitu perusahaan kerepek. Tengoklah gambar di atas kami diberi peluang untuk cuba melakukan proses menghasilkan kerepek pisang. Tersengih cikgu ye..nampak macam senang tapi susah kalau tak biasa buat kerja dapur...
 
 

Haa..part ni paling dinanti-nantikan...apalagi shopping time la..membeli sakan la kami..kerepek-kerepek ni bukan saja murah sedap pulak tu..macam-macam kerepek ada kerepek pisang, ubi, soya dll. Harganya pun berpatutan.




Kemudian kami terus di bawa ke perusahaan membuat kuih bahulu & kuih bangkit...makan bahulu panas memang sedap yang amat sangat..bahulunya bukan sahaja lembut tetapi besar...cuma bezanya adalah cara pembuatannya bukan lagi secara tradisional tetapi secara moden sebab nak menghasilkan kuantiti produk yang banyak perlulah cepat...tapi pada CA rasanya still sedap...shopping time lagi...


Bangkit ada macam-macam perasa... pilih jelah nak perasa apa... bangkit sagu/tepung, kelapa dan juga kacang hijau. 

 


Kami seterusnya dibawa ke kilang perusahaan Nata De Coco iaitu di Nandong Food Industries Sdn. Bhd. Di sini kita dapat mengetahui apa itu nata de coco?asalnya dari mana?bahan yang digunakan dan proses menghasilkannya. sedap tau nata de coco ni...3 botol besar hanya RM 10.00 sahaja..murah giler..mana taknya kalau beli kat sini RM 4.00++ malah ada yang jual RM 5.00 tau...


Inilah proses-proses menghasilkan nata de coco ni...kena peram dulu barulah jadi macam di atas tu...



 
Yang ni proses pembungkusan..ada bekas besar dan kecil..biasanya bekas kecil ni ditempah untuk dijadikan cenderahati bagi majlis perkahwinan, aqiqah dsbgnya. Berikut juga CA kongsikan senarai harga produk mengikut kuantiti belian.


Setelah penat membeli belah kami terus ke Masjid An-Nur iaitu lokasi penggambaran drama Nur Kasih dan Oh! Kampungku. Sorry la CA tak sempat nak ambil gambar sebab penat sangat...kami siap tukar baju dan berehat kat sana... selesai solat kami terus di bawa memancing ikan di kolam salah seorang penduduk di situ...(sebenarnya itulah rumah keluarga Abang Shuk). Rasanya inilah kali pertama anak-anak istimewa CA memancing, cikgu-cikgu pun sama juga... yang pernah tu ada tapi tak ramai pun... senang jer nak memancing kat kolam ni sebab ikan keli tu memang dah lapar pun letak jer umpan (cengkerik) terus dapat ikan..tapi lama kelamaan ikan tu pun dah pandai sebab payah nak dapat bila dah banyak benar kawan-kawannya kena pancing...seronok dan tak sabar nak buat BBQ malam nanti...


Sambil yang lain memancing kami diberi peluang menaiki gondola...apa tu gondola?? kenderaan ala-ala kereta lembu tapi sudah dimodenkan dengan motosikal...sekali naik boleh muat 8 orang...maka pusing la kami satu kampung dengan menaiki gondola...kami sempat lagi melihat rumah langsir merah yang digunakan untuk penggambaran drama Nur Kasih..comel jer rumah tu..gambar yang ketiga tu adalah gotong-royong menyiapkan punjut bunga rampai...jawa stail..dalam bunjut tu ada syiling 0.50 sen dan atasnya letak bunga rampai..lupa nak terangkan tujuan bunjut tu adalah untuk majlis cukur jambul yang kami request malam nanti..kebetulan ada seorang guru dan ppm yang baru saja melahirkan anak maka CA fikir seronok juga kalau buat majlis tersebut supaya guru & murid2 yang bukan beragama islam dapat melihat majlis tersebut...


Pada jam 4.30 petang kami dibawa ke Pasar Petang.. pasar ni tak jauh pun dan berdekatan dengan laut. Apa yang best dekat pasar ni adalah makanan yang murah2..(pau tu besar tapi harganya RM 1.00 jer), selain itu, terdapat banyak hasil tangkapan laut, buah-buahan yang murah-murah harganya...geram jer tengok ikan dan udang kat situ..apakan daya takkan la CA nak bawak kehulu-kehilir makanan tu...tak fresh pulak nanti...takpelah nanti nak ajak mr hubby pergi ke sg. hj. dorani...






Setelah seharian kami berjalan...penat tak payah cakap la...akhirnya kami dapat juga berehat di rumah masing2..pembahagiannya mudah sahaja yang perempuan akan dapat sebuah rumah, yang lelaki dibahagikan kepada 2 buah rumah manakala yang berkeluarga tinggal bersama keluarga abang Shuk...rumah yang lain CA tak tahu bagaimana keadaannya tapi yang rumah CA tinggal memang kampung stail betul...tengok jelah gambar di atas..teringat rumah arwah nenek CA zaman kecik dulu..tangganya saja dah menggerunkan... nak turun tu bertatih rasanya... rumah ni dua tinggat sebenarnya, yang bahagian bawah okla sikit tapi panas... kami yang tinggal di rumah atas (kayu) memang berangin... sejuk je sampai tido tak kabo apa...
 


Malam tu selesai solat maghrib kami bersiap dan terus ke rumah keluarga Abang Shuk untuk aktiviti Majlis Cukur Jambul dan BBQ. Meriah betul malam tu... makanan macam-macam dan kebetulan tuan rumah pun buat cukur jambul cucunya sekali meriah la majlis kami pada malam itu. BBQ CA minta sediakan jagung, ayam dan kami bakar sekali ikan keli yang ditangkap... emmm sedapnya... budak2 siap main bunga api lagi... mana taknya malam tu kan malam kemerdekaan... jam 11.30 malam kami sampai di rumah penginapan dan tido dengan lenanya... yang lain tak tau la... CA memang tido mati... penat sangat...Selesai sudah hari pertama di Sg. Hj. Dorani.


HARI KEDUA

Hari kedua punya cerita selesai bersarapan dan juga majlis perpisahan di Dewan Comel kami terus di bawa ke Muzium Wak Surji di Taman Seri Berdena, Sabak Bernam. Yang pakai baju batik tu la waknya..

 
 

Wak ni suka kumpul barang antik..banyak sangat barang antik yang dapat kami lihat..antara koleksi yang menarik adalah seperti di bawah:



Selesai melawat Muzium Wak Surji, destinasi seterusnya adalah melawat sekitar Bandar Sabak Bernam. Orang kata beli kain pasang kat sini murah tapi tak tahulah sebab CA tak berminat nak membeli kain pasang jadi tumpuan CA lebih kepada buah-buahan yang dijual... macam-macam ada... murah pun murah... segar2 lagi tau..


Destinasi terakhir kami adalah ke rumah Mantan Penolong Kanan P. Khas CA iaitu Ustaz Nor Kasani b. Kamar yang memang berasal dari Sabak Bernam. Memandangkan perut dah lapar, sambil menziarah sambil mengisi perut kami la jawabnya... itu rezeki namanya... sebenarnya awal-awal lagi CA dah maklumkan pada ustaz kedatangan kami... asalnya nak minta sediakan nasi ambang tapi ustaz kata waktu cuti macam ni susah nak dapat... tak mengapalah apa yang dihidangkan lebih dari cukup untuk kami... Terima kasih buat ustaz seisi keluarga panjang umur kita jumpa lagi.





Alhamdulillah...tamat sudah pengembaraan CA bersama warga PPKI SMK Rawang pada tahun ini ke Homestay JKKK Sg. Hj. Dorani..semoga anda dapat merasai pengalaman kami dan seterusnya menjadikan ia sebagai sumber rujukan pada masa hadapan. Terima kasih kerana sudi melawat blog CA yang tak seberapa ini...harapan CA pada bulan berikutnya CA berjaya menyiapkan entri2 lawatan yang lain...ada banyak lagi tapi mohon ampun kerana kekangan masa...CA cuba siapkan ye..

Nota Kaki : Jangan takut sekiranya anda ingin melawat Sg. Hj. dorani bersama keluarga kerana semua tempat2 yang CA tunjukkan amat mudah dilawati. Semuanya berdekatan sahaja dan terletak ditepi jalan. Jangan lupa singgah menikmati Cendol Bakar yang terletak di Jeram, Kuala Selangor..ala on the way nak balik tu singgah la sebentar..drive thru pun ado..









Tuesday 11 March 2014

KEHILANGAN MAS MH 370 VS TAHUN MELAWAT MALAYSIA

Salam Sayang Semua...

Hari ni CA nak berkongsi apa yang terlintas di fikiran tatkala ini. Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH 370. CA berasa amat sedih dan bersimpati kepada waris penumpang pesawat terbabit.Ini semua dugaan untuk kita, tak kira kepada pemimpin mahupun rakyat Malaysia. Dalam kita sibuk mempromosikan keindahan dan keistimewaan Malaysia dimata dunia berlaku pula kejadian sebegini. Adakah ini satu sabotaj daripada pihak di luar sana? Kalau pengganas merampas kapal tersebut apa yang mereka mahu dari Malaysia sebenarnya? Kenapa senyap sehingga berhari2 tanpa ada apa2 permintaan? Entahlah nak komen panjang lebar pun takut mengguris hati dan perasaan orang lain. CA harap kita bersama-samalah mendoakan agar kes ini dapat diselesaikan. Jangan lupa buat solat hajat bagi memudahkan pencarian pesawat tersebut. Lagi satu berhentilah membuat spekulasi kerana masyarakat diluar sana sentiasa mencari kesalahan dan kelemahan sepanjang operasi menyelamat ini dijalankan. Lagipun bila spekulasi demi spekulasi dibuat sedikit sebanyak akan menurunkan kadar pelancong ke Malaysia. Mesti ramai yang berasa takut untuk datang ke Malaysia. Hakikat sebenarnya Malaysia Airlines (MAS) sentiasa cemerlang dalam perkhidmatannya, pilotnya juga sudah tentulah berpengalaman begitu juga anak2 kapal, cuma semua ini telah ditentukan Tuhan maka kita kena terima ketentuan yang telah ditetapkan. CA percaya kerajaan telah berusaha sebaik mungkin dalam menyelesaikan kes ini. Harapan CA dan semestinya seluruh masyarakat di dunia ini agar pencarian ini akan menemui jalannya.

 Pray 4 MH 370


MALAYSIA TRULY ASIA
DO VISIT MALAYSIA
IT'S SAFE HERE
NO WORRY



Thursday 6 February 2014

BORANG PELANCONGAN SEKOLAH 1957

Salam Perpaduan Semua...
Hari ini CA nak berkongsi tentang BORANG PELANCONGAN SEKOLAH 1957 yang WAJIB diisi dan dihantar ke PPD 5 minggu sebelum melancong. CA tak pasti sama ada borang ini sama sahaja formatnya untuk semua sekolah atau tidak. Tapi yang CA nak kongsi nanti adalah yang dari PPD Gombak lah.
Kenapa CA highlight yang 5 minggu tu? Ha.. disebabkan tak cukup 5 minggu lah permohonan rakan guru CA untuk mengadakan Terapi Bowling direject. Jadi untuk pengajaran semua guru2 kena pastikan ikut betul-betul checklist yang diberi. Sekiranya salah satu daripada list tersebut tidak dipatuhi walaupun kesilapan itu kecil sahaja tetap kena reject. Jom tengok contoh supaya rakan guru lebih mudah faham dan berhati-hati terutama bagi yang tiada pengalaman langsung kendalikan lawatan.


PERATURAN-PERATURAN PELANCONGAN SEKOLAH 1957

Borang-borang permohonan untuk perkara di atas hendaklah dibuat dalam 3 salinan ditambah dua salinan lagi bagi tiap-tiap negeri yang hendak dilawati atau dilalui dan disampaikan ke Pejabat Pendidikan Daerah Gombak 5 minggu sebelum tarikh untuk melancong.

1. Nama Sekolah                                          : Sek. Men. Keb. Rawang
2. Nama Guru Besar/Pengetua                    : Pn. Hamidah bt. Husin
3. Nama Guru yang mengelola pelancongan: Pn. Siti Aishah bt. Khairudin
    (810923145174)
4. Tujuan melancong                                     : Lawatan ke Singapura dan Johor Bharu
5. Nama Guru-guru yang membantu : 

1.
Norkasani b. Kamar
(581114105037)
2.
Md. Nawawi b. Hassan
(740219016693)
3.
Marhaini bt. Dasiron
(650930055492)
4.
Rosita bt. Mohd said
(720529025132)
5.
Siti Aishah bt. Khairudin
(810923145174)
6.
Nirmala a/p Palaniandy
(800916105490)
7.
Nur Hidayah bt. Abdul Aziz
(851213105320)
8.
Mastura bt. Abd. Hamid
(780310035306)
9.
Wan Azita bt. Wan Yahya
(781227035684)
10.
Noor Jannah bt. Salleh
(840707025888)

6. Nama Pembantu Pengurusan Murid:1. Pn. Asmahani bt. Hussin     (820312016030)
                                                                2. Pn. Hairani bt. Harun           (770821016562)
                                                              
6. Jenis Kenderaan                            : (Nyatakan Bas Sekolah/bas biasa)
7. Tempat-tempat yang dilawati        :

Nama Tempat
Tarikh
Nama dan Alamat penuh tempat bermalam

Johor Bharu
&
Singapura


18 – 19 Oktober 2012


Hotel Good Hope, Skudai, Johor Bharu






......................................
(HAMIDAH BT. HUSIN)
Pengetua
SMK Rawang

                                  




8. Punca pendapatan wang :

(i)         Yuran daripada murid-murid menurut senarai ahli dalam borang ini
RM  236.00 x 25 orang                                                         RM 5900.00
(ii)        Punca pendapatan lain (LPBT/LPK)
            Bas Sekolah                                                                          RM 2000.00                                   

            Jumlah                                                                                 RM 7900.00



9. Nama dan keterangan mereka yang diberi kuasa untuk mengutip dan   
    membelanjakan wang.

Nama
Jawatan
No. KP
Umur
Alamat

Nirmala a/p Palaniandy


Siti Aishah bt. Khairudin


Guru



Guru

80xxxxxxxxxx



81xxxxxxxxxx



32 thn



31 thn

No. 30 Jalan GU 2/9, Garing Utama, 48000 Rawang, Selangor.

Lot 285 Jln Nikmat,
Kg. Melayu Bt. 16,
48000 Rawang, Selangor.




SENARAI NAMA MURID-MURID/PELAJAR-PELAJAR YANG MENGIKUTI ROMBONGAN

Bil
Nama Murid
No. KP/No. S/Beranak
Tkt/
Darjah
Umur
Alamat Tempat Tinggal








p/s : Sila isi nama pelajar mengikut susunan abjad lelaki dan diikuti perempuan ye...

PENYATA PERBELANJAAN BAGI SETIAP MURID



1. Makanan / Minuman                                             RM _______________ 

2. Tambang Bas (LPBT)                                           RM _______________    
3. Penginapan                                                           RM _______________
4. Bayaran Masuk                                                     RM _______________

5. Sumbangan                                                          RM _______________
6. Lain-lain      (Pakej di dalam lampiran 1)              RM _______________

 
Jumlah                                                                      RM _______________



                                                                      
Disediakan,

.....................................................
(SITI AISHAH BINTI KHAIRUDIN)
Setiausaha
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Rawang 
Disahkan,

.........................................
(HAMIDAH BINTI HUSIN)
Pengetua
SMK Rawang