Thursday 6 February 2014

BORANG PELANCONGAN SEKOLAH 1957

Salam Perpaduan Semua...
Hari ini CA nak berkongsi tentang BORANG PELANCONGAN SEKOLAH 1957 yang WAJIB diisi dan dihantar ke PPD 5 minggu sebelum melancong. CA tak pasti sama ada borang ini sama sahaja formatnya untuk semua sekolah atau tidak. Tapi yang CA nak kongsi nanti adalah yang dari PPD Gombak lah.
Kenapa CA highlight yang 5 minggu tu? Ha.. disebabkan tak cukup 5 minggu lah permohonan rakan guru CA untuk mengadakan Terapi Bowling direject. Jadi untuk pengajaran semua guru2 kena pastikan ikut betul-betul checklist yang diberi. Sekiranya salah satu daripada list tersebut tidak dipatuhi walaupun kesilapan itu kecil sahaja tetap kena reject. Jom tengok contoh supaya rakan guru lebih mudah faham dan berhati-hati terutama bagi yang tiada pengalaman langsung kendalikan lawatan.


PERATURAN-PERATURAN PELANCONGAN SEKOLAH 1957

Borang-borang permohonan untuk perkara di atas hendaklah dibuat dalam 3 salinan ditambah dua salinan lagi bagi tiap-tiap negeri yang hendak dilawati atau dilalui dan disampaikan ke Pejabat Pendidikan Daerah Gombak 5 minggu sebelum tarikh untuk melancong.

1. Nama Sekolah                                          : Sek. Men. Keb. Rawang
2. Nama Guru Besar/Pengetua                    : Pn. Hamidah bt. Husin
3. Nama Guru yang mengelola pelancongan: Pn. Siti Aishah bt. Khairudin
    (810923145174)
4. Tujuan melancong                                     : Lawatan ke Singapura dan Johor Bharu
5. Nama Guru-guru yang membantu : 

1.
Norkasani b. Kamar
(581114105037)
2.
Md. Nawawi b. Hassan
(740219016693)
3.
Marhaini bt. Dasiron
(650930055492)
4.
Rosita bt. Mohd said
(720529025132)
5.
Siti Aishah bt. Khairudin
(810923145174)
6.
Nirmala a/p Palaniandy
(800916105490)
7.
Nur Hidayah bt. Abdul Aziz
(851213105320)
8.
Mastura bt. Abd. Hamid
(780310035306)
9.
Wan Azita bt. Wan Yahya
(781227035684)
10.
Noor Jannah bt. Salleh
(840707025888)

6. Nama Pembantu Pengurusan Murid:1. Pn. Asmahani bt. Hussin     (820312016030)
                                                                2. Pn. Hairani bt. Harun           (770821016562)
                                                              
6. Jenis Kenderaan                            : (Nyatakan Bas Sekolah/bas biasa)
7. Tempat-tempat yang dilawati        :

Nama Tempat
Tarikh
Nama dan Alamat penuh tempat bermalam

Johor Bharu
&
Singapura


18 – 19 Oktober 2012


Hotel Good Hope, Skudai, Johor Bharu






......................................
(HAMIDAH BT. HUSIN)
Pengetua
SMK Rawang

                                  




8. Punca pendapatan wang :

(i)         Yuran daripada murid-murid menurut senarai ahli dalam borang ini
RM  236.00 x 25 orang                                                         RM 5900.00
(ii)        Punca pendapatan lain (LPBT/LPK)
            Bas Sekolah                                                                          RM 2000.00                                   

            Jumlah                                                                                 RM 7900.00



9. Nama dan keterangan mereka yang diberi kuasa untuk mengutip dan   
    membelanjakan wang.

Nama
Jawatan
No. KP
Umur
Alamat

Nirmala a/p Palaniandy


Siti Aishah bt. Khairudin


Guru



Guru

80xxxxxxxxxx



81xxxxxxxxxx



32 thn



31 thn

No. 30 Jalan GU 2/9, Garing Utama, 48000 Rawang, Selangor.

Lot 285 Jln Nikmat,
Kg. Melayu Bt. 16,
48000 Rawang, Selangor.




SENARAI NAMA MURID-MURID/PELAJAR-PELAJAR YANG MENGIKUTI ROMBONGAN

Bil
Nama Murid
No. KP/No. S/Beranak
Tkt/
Darjah
Umur
Alamat Tempat Tinggal








p/s : Sila isi nama pelajar mengikut susunan abjad lelaki dan diikuti perempuan ye...

PENYATA PERBELANJAAN BAGI SETIAP MURID



1. Makanan / Minuman                                             RM _______________ 

2. Tambang Bas (LPBT)                                           RM _______________    
3. Penginapan                                                           RM _______________
4. Bayaran Masuk                                                     RM _______________

5. Sumbangan                                                          RM _______________
6. Lain-lain      (Pakej di dalam lampiran 1)              RM _______________

 
Jumlah                                                                      RM _______________



                                                                      
Disediakan,

.....................................................
(SITI AISHAH BINTI KHAIRUDIN)
Setiausaha
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Rawang 
Disahkan,

.........................................
(HAMIDAH BINTI HUSIN)
Pengetua
SMK Rawang

                                              
    

Tuesday 4 February 2014

RAMAI YANG MENCARI KERTAS KERJA USS

Salam Satu Malaysia dan Selamat Pagi semua....

Saja CA highlight tajuk di atas. Awal tahun macam ni pasti ramai rakan2 guru yang tercari-cari Kertas Kerja ke USS. Sebenarnya masa CA nak buat lawatan ke USS ramai juga yang bertanya kenapa nak pergi sana? buang masa jer...bukan sesuai pun dengan pelajar2 ni..apa yang pelajar kita dapat bila ke sana? Lama CA renungkan persoalan demi persoalan yang diberi..tapi akhirnya CA nekad nak buat juga lawatan ke sana. Sebabnya satu sahaja memberi peluang kepada pelajar kita tentang suasana dan persekitaran yang berbeza dari Malaysia. Lagipun kalau nak harap family masing-masing bawa ntah bila masa...betul tak? Bila kita ke sana sebenarnya memang kita akan rasa lain sebab di sana banyak sangat peraturan yang perlu dipatuhi apatah lagi bila CA teringat kembali pengalaman masa nak melepasi kastam di singapura tu... menakutkan sangat ketat sampai plastik coklat pun tak boleh bawak masuk... group sekolah yang satu lagi kesian, salah seorang suami pada guru yang ikut tu kena tahan sebab bawa rokok yang banyak so kena pilih nak bayar cukai atau buang rokok tu... lagi satu kes rakan guru CA kena tahan dan dibawa ke tempat lain untuk diperiksa sebaik kami turun dari bas... dia ingat cikgu lelaki CA ni terrorist kot... Selain itu, sepanjang di sana kita tidak boleh buang sampah merata-rata, parking pun tak boleh sesuka hati dan banyak lagi la... sorry la CA bukan orang Singapura ini sekadar pemerhatian melalui pengalaman sendiri dan juga orang lain. 

Buat guru pelancongan tu pula, sudah tentulah anda dapat mencabar diri sendiri untuk merealisasikan lawatan tersebut. Bukan mudah tau, kata orang sebelum kita buat lawatan luar negara yang jauh kita buat yang senang dulu. Banyak prosedur yang perlu dilalui jadi kutip saja pengalaman tersebut...walaupun penat diakhirnya anda kan puas sebab dah berjaya...tapi bukannya bangga diri apalah sangat nak dibandingkan dengan otai2 kita.. lagi satu tak perlu dengar kata2 yang menyakitkan hati tu..pekakkan telinga dan buat sahaja. Bila dah dapat rentak kita ikut sahaja pasti berjaya. Adatla dalam setiap program yang kita buat pasti ada kelemahan, dari situlah kita belajar secara perlahan-lahan untuk baikinya. Pegang pada pepatah ini..'kita tidak mengharap untuk terus menjadi cemerlang tetapi secara perlahan-lahan kita belajar untuk menjadi cemerlang'.

Okla CA harap semua guru yang nak realisasikan lawatan ni berjaya..hari ni CA nak kongsikan contoh surat kepada Imigresen Shah Alam yang CA buat..



Ruj Kami
:
01/01/026(  )
Tarikh
:
10/09/2012
Kepada,                                                                                 
Ketua Pengarah Imigresen Selangor
Bahagian Pasport
Tingkat 2, Kompleks PKNS
40550 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

(u/p : En. Azhar b. Ahmad)
                                                                                             
Melalui & salinan



Pengetua

SMK Rawang

KM 25.6, Jalan Ipoh

48000 Rawang, Selangor

Tuan,

MEMOHON PEGAWAI IMIGRESEN KE SEKOLAH ATAS URUSAN PASPORT LAWATAN SECARA BERKUMPULAN

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SMK Rawang ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke Singapura pada 18 & 19 Oktober 2012 bersamaan hari Khamis dan Jumaat

3.         Sehubungan dengan itu, pihak kami telah bersetuju untuk membuat pasport secara berkumpulan bagi pelajar dan guru yang tidak mempunyai pasport. Untuk makluman pihak tuan, pelajar kami terdiri daripada 10 orang pelajar dan 12 orang dewasa yang terdiri daripada guru, pembantu dan ibu bapa

4.         Diharapkan pihak Tuan dapat menetapkan satu tarikh yang bersesuaian untuk datang ke sekolah kami bagi menguruskan pasport tersebut. Sebarang maklumat sila hubungi Pn. Siti Aishah Khairudin ditalian 017 - 251xxxx atau no. tel sekolah 03 - 60917240. 

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Benar,



(NORKASANI B. KAMAR)
Penolong Kanan
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK RAWANG



Ok untuk memudahkan para guru cuba tengok address yang berwarna merah tu ikut la ye sekiranya anda padam alamat tersebut maka individu yang layak menandatanganinya adalah PENGETUA tetapi sekiranya tak nak padam minta tandatangan pengetua berserta cop rasminya di sebelah kanan alamat tersebut....paham tak? Letterhead sekolah jangan lupa ye...Mengikut maklumat mantan Pengetua CA yang bernama Hajah Mazlah dahulu semua surat menyurat yang ada letterhead sekolah hanya boleh ditandatangani oleh Pengetua sahaja...ini yang CA tahu la...tapi tak tahu la sekolah anda macam mana..bila kita buat lawatan jauh lebih baik segala urusan mendapat kelulusan Pengetua dahulu supaya bila berlaku sebarang masalah tidak akan terbeban pada diri kita selaku ketua rombongan...takut oooo...

Satu lagi CA nak pesan TAHUN INI KAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA KENAPA NAK PERGI SINGAPURA PULA??? HA..HA..SAJA NAK BAGI TEKANAN... CUBA RENUNG2 KAN... JOM KITA PROMOSIKAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014... SEGALANYA ADA DI SINI..SAYA SAYANG MALAYSIA...






 

 Sampai masa untuk pulang kita pulang...berkerja hanya kerana Allah dan jangan mengharapkan apa2 ganjaran nescaya Allah akan membantu kita...
Amin...