Salam Satu Malaysia semua ....
Dah lama rasanya CA tak menjenguk blog CA ni...kali ini CA nak berkongsi pengalaman CA membawa pelajar - pelajar pendidikan khas SMK Rawang ke Seremban dengan menaiki komuter. Pada awalnya CA tolong kakak tengok harga tiket keretapi ke Hatyai. Last2 terfikir pulak nak bawak pelajar menaiki komuter. Godek punya godek dalam laman web KTMB terjumpa la satu pakej ronda - ronda bersama KTMB. Ada banyak pakej yang ditawarkan iaitu ke KUALA LUMPUR, SRI MENANTI/ULU BENDUL, PORT DICKSON, AIR PANAS PEDAS & PULAU KETAM.
Fikir punya fikir akhirnya CA pilih ke Port Dickson. Mula2 x confident nak buat lawatan ni sebab takut nak minta duit dengan pelajar sebab kos yang tinggi. Tapi setelah CA buat surat minta diskaun baru la bersemangat balik. Itupun mula2 pelajar2 CA macam nak tak nak je pergi. Nasib baik target 19 orang pelajar tercapai jugak.
Bagi pakej ke Port Dickson harga sebenarnya adalah RM 42.00 (kanak2) dan RM 54.00 (dewasa)...setelah diskaun dapat RM 38.00 di mana tiket pergi dan balik bagi menaiki komuter adalah PERCUMA.... terima kasih tak terhingga kepada pihak KTMB...Terutama En. Kamaruddin dan our tour guide En. Shaiful...
Tanpa membuang masa CA nak biarkan gambar2 di bawah saja yg menceritakan segala kegembiraan kami sepanjang lawatan kali ini....
Tarikh Lawatan : 26 april 2012
Hari : Khamis
Jum. Peserta : 33 orang
Pakej Ronda - ronda yang dipilih : Port Dickson (Muzium Tentera Darat, Teluk Kemang, Hutan Simpan Sg. Menyala dan Jelita Ostrich Farm)
Tarikh Lawatan : 26 april 2012
Hari : Khamis
Jum. Peserta : 33 orang
Pakej Ronda - ronda yang dipilih : Port Dickson (Muzium Tentera Darat, Teluk Kemang, Hutan Simpan Sg. Menyala dan Jelita Ostrich Farm)
Bersama pemandu pelancong kami En. Shaiful dari KTMB..setia bersama kami dari mula kembara sehinggalah ke akhirnya...
@ Muzium Tentera Darat...Kapsul Masa..dalam ni ada amanat untuk anggota tentera yang akan dibuka pada tahun 2020 nanti...
Bukan main lagi ye..berposing sakan dekat jeep ni..
bersiap sedia untuk melalui terowong yang gelap gelita...ada la beberapa section yg ada lampu tp meremang bulu roma CA masa tengok section bilik pembedahan...
Berposing di pesawat pejuang...hati2 tangga mcm nak roboh..
ni masa kat Hutan Simpan Sg. Menyala..dapat ilmu mengenai suku kaum orang asli dan jenis2 pokok yang ada di Malaysia..dari kiri Jamuna, Hamizah, Ainur dan Izati Debok..
Syazwan yang berat ni pijak telur burung kasawari pun tak pecah...betapa kerasnya telur ni...
@ Jelita Ostrich Farm
bersiap sedia menonton perlumbaan burung kasawari..susah giler nak tunggang..sedikit info untuk semua apabila menunggang burung unta anda perlu menutup mata burung unta sekiranya tiba di kawasan yang berselekoh..he..he..contoh kalau nak corner ke kanan tutup mata kiri dia kalau nak ke kiri tutup la mata kanan sb burung ni reti lari straight je...
takut giler CA x berani nak masuk kandang ni...tengokla tu pandang orang mcm nk makan je ostrich ni..
kambing ni manja sangat..ingatkan anjing sb dok menggesel kat orang rupanya En. mbek...tapi kasihan sb kakinya kudung bhgn belakang sebelah kanan...
yang ni aktiviti paling best sekali menunggang ostrich...siap dapat sijil lagi...
lebarnya senyuman En. shaiful..cam adik beradik plak depa 3 orang ni...ni on the way pulang ke Rawang...
CA tertidur kepenatan di dalam komuter...padahal berlakon je tu..
----------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK RAWANG, KM 25.6 JALAN IPOH
48000 RAWANG, SELANGOR
1.0
PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak
pengalaman’, maka Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Rawang telah
bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Singapura. Selain menjadi
antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai
landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada
pelajar-pelajar istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat
mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam
menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat
pelajar.
2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara untuk
memasyarakatkan golongan
berkeperluan khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi
pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Melalui aktiviti
seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat
dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial
yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar
untuk meneroka masa depan yang lebih baik.
3.0 OBJEKTIF
1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada
pelajar - pelajar pendidikan khas membina keyakinan diri melalui
aktivti
sosial yang bersesuaian.
2. Dapat membuka minda pelajar-pelajar pendidikan khas dengan
suasana dan pengalaman yang baru.
3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan
dengan dunia luar dan masyarakat.
4. Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang
pengajaran dan pembelajaran untuk pendidikan khas.
4.0 DESTINASI
Singapura
5.0 PERLAKSANAAN
LAWATAN
Tarikh : 18 - 19 Oktober 2012
Hari :
Khamis - Jumaat
Masa :
7.00 pagi – bertolak
12.30 malam – tiba di Rawang
6.0 KUMPULAN
SASARAN
Program ini disasarkan kepada
guru-guru, pelajar-pelajar dan PPM
PPKI, SMK Rawang.
SENARAI
NAMA PELAJAR-PELAJAR
BIL
|
NAMA PELAJAR
|
1.
|
Abdul Khalis bin
Zainudin
|
2.
|
Chee Siew Chong
|
3.
|
Chong Ne Fong
|
4.
|
Hiran Raj a/l Ganesan
|
5.
|
Kannan a/l Mumudi
Vanten
|
6.
|
Liew Wei Soing
|
7.
|
Mohammad Syazwan b Adanan
|
8.
|
Muhamad Firdaus b Hasim
|
9.
|
Muhamad Hazrul b Hussin
|
10.
|
Muhammad Amirul b Abdul Latif
|
11.
|
Muhammad Afiq b Abdul Rahman
|
12.
|
Muhammad Afiq Iqmal b Muhammad Zaini
|
13.
|
Muhammad Haziq Hafiz b Nor Azizi
|
14.
|
Muhammad Roszaiman b Hasnol
|
15.
|
Nur Afiq Hakim b Mohd Aris
|
16.
|
Sulaiman bin Ismail
|
17.
|
Syukri bin Sallehudin
|
18.
|
Wong Jia Herng
|
19.
|
Wong Leong Chun
|
20.
|
Yong Wai Keat
|
21.
|
Ainur Shakira bt. Jamaludin
|
22.
|
Jamuna a/p Veraiah
|
23.
|
Nur Hamizah bt. Rosli
|
24.
|
Nurizzati bt. Sallehodin
|
25.
|
Raihana bt. Ahmad
|
26.
|
Than Kai Qi
|
SENARAI
NAMA GURU & PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)
BIL.
|
NAMA
|
1.
|
En. Norkasani b. Kamar
|
2.
|
En. Md. Nawawi b. Hassan
|
3.
|
Pn.
Marhaini bt. Dasiron
|
4.
|
Pn.
Rosita bt. Mohd Said
|
5.
|
Pn. Nirmala a/p
Palaniandy
|
6.
|
Pn.
Siti Aishah bt. Khairudin
|
7.
|
Pn.
Nur Hidayah bt. Abdul Aziz
|
8.
|
Pn.
Mastura bt. Abd Hamid
|
9.
|
Pn.
Wan Azita bt. Wan Yahya
|
10.
|
Pn.
Noor Jannah bt. Salleh
|
11.
|
Pn.
Hairani bt. Harun
|
12.
|
Pn.
Asmahani bt. Hussin
|
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA
|
KUANTITI
|
JUMLAH
|
Bas
(Duit LPBT)
|
1
x RM 2000.00
|
RM 2000.00
|
Pakej
ke Singapura (Tanggungan Sendiri)
|
15
x RM310 .00 (pel)
12
x RM 330.00 (guru)
|
RM 4650.00
RM 3960.00
|
Jumlah
|
RM
10610.00
|
7.1 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : Pn. Hamidah bt. Husin
(Pengetua SMK Rawang)
Naib Pengerusi : En. Norkasani b. Kamar
(Pen. Kanan PPKI,
SMK Rawang)
Setiausaha : Pn. Siti Aishah bt. Khairudin
Bendahari : Pn. Nirmala a/p Palaniandy
AJK
Pengangkutan : Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz
AJK
Dokumentari/Dokumentasi : Pn. Mastura bt. Abd Hamid
Pn. Noor Jannah bt. Salleh
AJK
Makanan dan Minuman : Pn. Nirmala a/p Palaniandy
Pn. Rosita bt. Md said
AJK Disiplin :
En. Md. Nawawi b. Hassan
Pn. Marhaini bt. Dasiron
AJK
Keselamatan/kebersihan : Pn. Hairani bt. Harun
Pn.
Asmahani bt. Hussin
7.2
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA
1. Setiausaha :
Menyediakan surat menyurat,
menghubungi pihak-pihak yang terlibat
dengan proram lawatan. Memaklumkan
kepada Pengerusi/Naib
Pengerusi tentang perkembangan
terkini urusan program. Membuat
follow up pada setiap AJK.
Menyediakan semua tindakan AJK.
2. Bendahari :
Menerima wang pendapatan, kutipan dan
sumbangan. Mengawasi
perbelanjaan dan menyelaraskan wang
keluar masuk.
3. AJK Pengangkutan :
Menghubungi pihak bas – sebuah bas,
bayaran, memastikan bas
mempunyai permit dan insurans serta
memastikan kedudukan pelajar
semasa di dalam bas.
4. AJK Makanan & Minuman :
Menguruskan makan dan minum pelajar
sepanjang lawatan.
5. AJK Dokumentasi/dokumentari :
Menyediakan peralatan untuk
dokumentari/dokumentasi (kamera, video-
cam) dan mendokumentasikan aktiviti sepanjang
program berlangsung.
6. AJK Disiplin :
Memastikan disiplin pelajar sepanjang
aktiviti dijalankan.
7. AJK Keselamatan & Kebersihan :
Mengawasi keselamatan peserta
sepanjang program berjalan.
Menyediakan plastik (sampah dan
muntah) serta first aid. Memastikan
kebersihan sepanjang perjalanan dan
penginapan.
7.3 TENTATIF
LAWATAN
HARI PERTAMA
7.00 AM BERTOLAK
KE JOHOR BHARU
12.00 PM MAKAN
TENGAHARI DI JB
1.00 PM CHECK IN
HOTEL
2.00 PM LAWATAN
SEKITAR JB
7.00 PM BERIADAH
DI DANGA BAY
9.00 PM BALIK KE
HOTEL
HARI KEDUA
7.00 AM SARAPAN
PAGI DI HOTEL DAN CHECK OUT
8.00 AM BERTOLAK
KE SINGAPURA
9.30 AM MELAWAT SENTOSA ISLAND
10.00 AM UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE (USS)
7.00 PM BERTOLAK
DARI SINGAPURA
12.30 AM DIJANGKA
TIBA DI RAWANG
7.4 PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini
diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada pelajar-pelajar pendidikan
khas SMK Rawang. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan
pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan.
Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada
masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang
mengikuti lawatan ini.
Disediakan oleh :
……………………………………..
(SITI AISHAH BT.
KHAIRUDIN)
Setiausaha
Program Pendidikan Khas
Integrasi
SMK Rawang
|
Disemak oleh :
……………………………
( NORKASANI B. KAMAR)
Penolong Kanan
Program Pendidikan Khas
Integrasi
SMK Rawang
|
Disahkan oleh :
……………………………
(HAMIDAH BT. HUSIN)
Pengetua
SMK Rawang
|
|