Assalammualaikum dan Salam Sayang semua..untuk tahun ni ada 3 lawatan yang CA uruskan iaitu lawatan ke Seremban bersama KTMB, lawatan ke USS dan last sekali ke Putrajaya...kali ni penat sangat dengan keadaan CA yang sarat mengandung dan terpaksa uruskan 2 lawatan dalam tempoh yang dekat sangat..ni gara2 tarikh yg CA rancang clash dgn tarikh aktiviti peringkat daerah Gombak...takpelah yang penting dah settle keje CA untuk tahun ni...untuk post hari ini CA nak berkongsi pasal lawatan terbesar CA iaitu ke Universal Studio Singapore (USS) dan JB....seperti biasa prosedur sekolah dan PPD kena ikut ye tapi prosedur paling baru adalah SENARAI SEMAK KENDERAAN yang korang naik tu ... antara yang para guru kena ambil tahu adalah :
1. Roadtax bas
2. Insurans setiap penumpang
3. Permit kokurikulum dpd SPAD bagi bas sekolah ajer...bas pelancongan tidak perlu..tapi ke Singapura kena naik bas pelancongan ye...
yang selebihnya nanti CA upload kemudian k...lupa la dokumen tinggal kat sekolah..
Gara2 benda ni la CA rasa bengang sampai sekarang sebab bergaduh dibuatnya dgn pemandu bas pelancong tu!!xpela ni pengajaran after this kalau korang nak senang carila pemandu yang mesra dan bersedia ikut prosedur tu...kalu x baik reject awal2...
Ok back to USS banyak prosedur yang CA belajar sbnrnya kali ni..antaranya kalau kita nak buat lawatan pelajar sekolah ke luar negara kena buat dari awal lg terutama kertas kerja, kebenaran ibu bapa & kebenaran PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) after that barula cari agensi yg sesuai dan best harganya...lagi satu bab pasport..group CA ada 25 orang yang xde pasport individu so terpaksa la uruskan pasport berkumpulan dengan imigresen Shah Alam...siap buat surat panggil diaorg datang sekolah...nanti CA bgtau prosedurnya paling senang cari no tel Jabatan Imigresen yg terdekat tanya dia prosedur mcm mn...satu buku RM 200.00 ye..so bleh share maksimum 20 org..
Sebenar2 nya memang best giler pegi USS tu ada 7 section kat situ antaranya Hollywood Street, Jurassic Park, Far Far Away (Shrek 4D & Madasgacar), The Mummy, Sci Fi City (Ada Transformers & Daybot Robotic kat sini) dan sebagainya..game dia tak payah cakap la byk yg xtream..tak sesuai untuk yg ada penyakit kronik spt sakit jantung, darah tinggi dan jg ibu yg mengandung spt CA ni...sedih betul..utk kanak-kanak pun bukan semuanya sesuai...TAPI yg best pada CA sb dapat jumpa banyak karekter kat situ (tengok gambo je la ye..).
Penat plak CA nak menaip so kita tengok gambar berserta penerangan barulah dapat gambaran sikit kan...
tu dia..kung fu panda pun takut dgn group kami...takut terbalik katanya..
hujan semakin lebat menyebabkan kami terpaksa membeli baju hujan dgn nilai SGD 3.00..hu..hu darab la dgn 2.52...
hati2...bio hazard..
@ Transformers...kat sini la kaki CA kena simpul biawak sampai terduduk nak betulkan kaki yg sakit ni...
Roller coaster ni ada 2 bhgn satu kaki tergantung (biru) satu lg tak (merah)...bleh pilih ye ikut kemampuan diri...dekat belakang section roller coster ni ada surau ye boleh solat kat situ...
macho la tu..bersama pahlawan the mummy..
kat sini pun byk game yg xtream..ada darah tinggi, sakit jantung x pyh la naik...member2 ramai yg sakit lps keluar dari 3D the mummy ni..
@ jurassic park..sini pun ada banyak game yang best..
ni je la game yang CA bleh main..sedih betul...
CA jumpa abg amy kat sana..rezeki sungguh...
ni lunch CA @ oasis restaurant..nasi briyani SGD 19.90..sb dah laparkan tutup mata je la...yang penting halal...if x nak makan dan nak bawa masuk bekal pun boleh tapi nasib la kalu boleh lepas dgn imigresen singapore...CA bagi roti satu dan air botol satu kpd semua peserta...untuk yang berkumpulan siap2 bahagi makanan tersebut kepada semua peserta jgn bawa masuk satu beg plastik penuh makanan jawabnya kena rampas la...rokok pun sama jgn ngada2 nak bawak sampai 2-3 kotak jawab la dgn pegawai tu...sama ada kena tax atau buang la rokok tu...:)
@ far far away...shrek 4D sesuai la utk semua..
kat sini bleh beli souvenir USS...CA beli baju USS harga SGD 27.00...CA tukar duit dalm RM 300 lbh..rate dalam 2.51-2.53....bahagi la sendiri ye..tapi CA rasa nak pg sana x pyh la nak shopping byk2 yg pntg enjoy masa kat sana....tiket masuk boleh beli online jer try kat link ni USS ticketing
shopping sat...tapi yg lebihnya posing jer...
kiosk2 kecik yg ada di hollywood street...boleh la beli keychain ke..magnetic ke...magnetic frame ke..sekadar kenang-kenangan...
ni antara karakter yang ada di USS..korang amik la map dan juga pamplet masa show di main entrance... karakter2 mcm ni keluar bkn setiap masa sama la juga street show...
@ the globe..wajib snap pic kat sini yer..
masa dah keluar baru perasan ada Malaysian Food Street tapi mcm ramai cina jer..ntah la..sape yg nak pg bleh la survey ye..jgn main makan je..x tau halal ke x..
ni hotel yg kami menginap..Good Hope, Skudai..
Info trip kali ni :
Tarikh lawatan > 18 & 19 Oktober 2012
Destinasi > USS & JB (Danga Bay, JPO & Ayer Hitam)
Pakej > Wira Travel Agency - RM 330.00 (Dewasa)
Tarikh lawatan > 18 & 19 Oktober 2012
Destinasi > USS & JB (Danga Bay, JPO & Ayer Hitam)
Pakej > Wira Travel Agency - RM 330.00 (Dewasa)
Anda cikgu masakan? Dah buntu nak mengajar anak-anak istimewa kita memasak? Cubalah ke link ini Sensasi Kek Coklat pasti cikgu-cikgu boleh hasilkan produk untuk program cikgu sendiri. Cara buatnya mudah dan cara nak dapat income pun mudah. saya dah cuba dan berjaya. Anda bila lagi??? Side income kita sendiri pun boleh cikgu memang berbaloi.