Tuesday, 11 December 2012

PUTRAJAYA

Salam sayang semua...untuk entri kali ni CA nak menulis tentang lawatan ke Putrajaya. Sebenarnya lama dah pun lawatan ni sebelum cuti sekolah aritu iaitu pada 23 Oktober 2012 bersamaan hari Selasa. Sepatutnya dah di publish pun tapi ada masalah teknikal takleh la nak buat apa2... Jadi CA fikir lawatan ni tetap CA nak share dgn rakan2 di luar sana...Sebenarnya CA rancang nak bt lawatan ni pada bulan Jun tapi nak buat macam mana pada bulan tersebut penuh dengan aktiviti pelajar peringkat daerah. Memang tertekan sebab baru je lepas balik Singapura pada 18 dan 19 Okt terus nak prepare ke Putrajaya pulak. Dah la permohonan kebenaran lawatan dari PPD tidak diluluskan atas alasan tarikh yang CA bagi (11 Okt 2012) tak cukup 5 minggu daripada tarikh borang tu dihantar. Tu yang CA terpaksa anjakkan tarikh lawatan ni. Tapi takpela yang penting aktiviti untuk pelajar berjalan seperti yang dirancangkan. Seperti biasa bagi setiap lawatan kena ikut prosedur seperti yang telah CA nyatakan dalam entri yang sebelum ini. Kertas kerja, borang permohonan pelancongan (hantar 5 minggu sebelum tarikh lawatan), surat kebenaran ibu bapa dan urusan surat menyurat tempat yang nak dilawati. Kalau boleh minta la diskaun untuk pelajar kita kdg2 ada tempat yg boleh masuk free tau. CA telah merancang untuk pergi ke Cruise Tasik, Taman Botani dan Alamanda.


Destinasi pertama adalah ke Taman Botani. CA pilih menaiki trem dan melawat Moroccon Pavillion. Setelah menghantar surat ke pihak TB akhirnya pelajar dapat naik trem dan tiket percuma masuk ke MP tu. Cikgu2 kena bayar la ye. Naik trem RM 4.00 dan MP RM 3.00 sahaja. Di TB ni CA bernasib baik sebab dapat naik trem dengan pemandunya yang sangat peramah, banyak penerangan yang dia bagi antaranya jenis2 tumbuhan yang ada dan siap berhenti lagi dikawasan yang menarik untuk kami bergambar sebagai kenang - kenganan. Pemandangan di sini memang cantik jadi tidak hairanlah ramai fotografer yang datang ke sini. Untuk melihat perkhidmatan dan harga di Taman Botani sila klik di sini.


Ni masa naik trem keliling Taman Botani. Kalau nak berjalan tak larat rasanya. Sebab ada 3 pembahagian taman kat sini. Paling tidak boleh sewa basikal keliling taman ni.


Setelah kami di bawa keliling taman kami berhenti di Moroccon Pavillion. Ha kat sini sebenarnya muzium kesenian Morocco. Kesenian yang CA maksudkan adalah dari segi seni bina bangunan di Morocco. Memang cantik dan nampak mewah. Tiket masuk hanya RM 3.00 bagi individu dan RM 1.00 untuk pelajar. Tapi bagi pelajar CA free la...sebab dah hantar suratkan...


Untuk pengetahuan semua di MP ni tak boleh ambil gambar ye..tapi sebab dah teringin sangat CA ambil la jugak. Pada pendapat CA MP ni sebuah tempat yang menarik tapi kalau boleh minta tolong pihak Taman Botani menjaga Pavillion ni dengan baik la..lagipun pengunjung dah bayar mestila nak sesuatu yang bermakna. Destinasi kami yang seterusnya adalah ke Cruise Tasik Putrajaya.




Sebenarnya banyak juga sekolah yang datang ke sini. Jadi terpaksalah kami menunggu lama untuk naik cruise tersebut. Bot yang disediakan ada 2 jenis satu bot penumpang yang besar lebih kurang feri nak ke Pulau Langkawi dan satu lagi perahu dondang sayang ala2 perahu zaman dulu kala. Dondang sayang tu rasanya lebih menarik sebab open air. Tapi tak berapa sesuai untuk pelajar2 CA. CA sebenarnya pilih pakej Learning & education. setelah menghantar surat dapat la harga RM 18.00 untuk guru dan RM 15.00 untuk pelajar. Untuk mengetahui harga dan perkhidmatan yang disediakan boleh klik link ini.


Antara bangunan dan jambatan yang dilalui. Setiap rekabentuk bangunan dan jambatan di Putrajaya ada kisahnya. 



Destinasi terakhir kami adalah Alamanda. Sebanarnya ni time makan tengahari jadi memang CA dah pesan pelajar2 dan guru yang kita akan makan di Alamanda. Sengaja CA nak bagi peluang pelajar2 CA berdikari dan belajar cara nak membeli dengan betul. Kebetulan waktu kami pegi situ memang lunch our jadi apa lagi terpaksa la berebut dengan orang ofis. Last2 A&W je yang tak ramai orang. Kesitu la CA dan rakan membawa anak jagaan kami. Berbaloi juga sebab dah lama tak makan A&W terutama float...

Secara keseluruhannya CA berpuas hati dengan lawatan ke Putrajaya namun tidak dinafikan banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak Perbadanan Putrajaya sebab kemudahan yang disediakan seolah sambil lewa. Jangan marah ye sebab potensi untuk menjadi tempat yang menarik untuk dilawati sangat tinggi tapi kalau penyelenggaraan pun tak elok tak seronok pula...