Monday, 5 October 2015

TEMPAT MENARIK DI MELAKA YANG WAJIB ANDA LAWATI

Assalammualaikum & Salam Sehati Sejiwa Semua...

Untuk entri kali ni CA nak bercerita tentang tempat menarik yang wajib anda lawati apabila ke Melaka...lawatan jauh sekolah CA pada tahun ini adalah ke Melaka dan memandangkan CA pernah menulis tentang lawatan CA ke Melaka sebelum ini maka untuk entri kali ni CA nak berkongsi tempat menarik yang wajib anda lawati apabila ke sana. Lawatan kali ini diadakan selama 3h2m iaitu pada 2,3 dan 4 September 2015. Nak tahu JOM baca...


1. MENARA TAMING SARI

Menara Taming Sari ni memang wajib anda lawati. Ia terletak di Jalan Merdeka betul2 di bandar Melaka. Memang dekat dengan Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Nak naik beca pun berlambak dekat situ.
Bila naik menara ni anda dapat melihat pemandangan bandar Melaka pada ketinggian 80 meter dan pemandangan sejauh 5km. CA naik masa tu malam so kami dapatlah tengok panorama malam yang bercahaya memang cantiklah. 

 

2. MELAKA RIVER CRUISE

Yang ni memang best. Kali pertama naik masa tu CA buat lawatan ke sini pada tahun 2009 dengan murid yang lama. Masa tu kami naik siang. Lepas tu kali kedua naik bersama keluarga pada waktu malam dan kali ketiga lawatan yang baru ni pada waktu malam juga. Apa beza naik siang dengan malam ye?? Pada CA tiada bezanya pun cuma bila waktu siang tu dapatlah tengok pemandangan sebenar ditepi Sungai Melaka dan ada pemandangan tambahan.. he..he..he.. boleh tengok biawak komando yang besar2. Waktu malam memang lebih nyaman sebab sejuk sikit berbanding siang ditambah pula dengan pencahayaan di dinding yang dilukis mural dan juga cahaya lampu dijambatan2 sepanjang Sungai Melaka. Memang cantik....





3. MAMEE JONKER HOUSE

Yang ni rasanya ramai yang tak tahu. Sebenarnya Mamee Jonker House ni milik Mamee - Double Decker Group. Ia terletak di Jalan Hang Jebat (Jonker Street). Di sini anda bukan sahaja boleh menikmati nasi ayam hainan malah terdapat juga aktiviti yang menarik untuk anak2 anda ikuti iaitu Monster Kitchen. Anak2 anda akan diberi peluang untuk menghasilkan sendiri keropok mamee bermula dengan mengadun tepung, bubuh perisa sehinggalah membungkus makanan tersebut. Selain itu, anak2 anda juga berpeluang menghasilkan mamee chef cup mengikut kreativiti bermula daripada melukis/mewarna cup mamee, memilih bahan2 sehinggalah proses pembungkusan. Pada CA bukan senang tau kita dapat lihat proses2 di atas. Memang seronok la aktiviti yang disediakan. Jom layan gambar baru faham...


Gambar sebelah kiri tulah mamee jonker house...terletak di jonker street memang kena jalan kaki la sb jalan sempit bagi yg naik bas la..yang naik kereta pun rasanya jalan kaki lagi baik...jauh berjalan luas pemandangan..betul tak? Gambar sebelah kiri tu sebaik diberi cup kami terus menulis dan mewarna cup tersebut. ikutla kreativiti masing2.... 


Sebelah kiri tu cup CA..kelakar tapi enjoy sebab rasa kembali ke alam kanak2...cikgu dengan anak murid sama naik je berebut marker tu..








Gambar atas ni semua step2 yang boleh kita lihat sendiri..macam yg CA katakan daripada kita warna cup sampai la ke pembungkusan...ada 6 step semuanya...memang best dan teruja...


Siap dah mamee in cup kami...inilah hasilnya...CA simpan sampai sehari sebelum tarikh luputnya..lepas tu habis dingap anak2..nasib baik sorok kalu tak mesti dah kena ngap awal..tapi bekas tu still CA simpan untuk kenang-kenangan.


Di mamee jonker house ni ada restoren juga..antara menu yang glamor adalah nasi ayam hainan..jemput makan..harga memang berpatutan...lepas buat aktiviti boleh terus makan..mudah kan..



Di situ juga ada juga merchandise store..boleh la korang shopping plbagai produ mamee...CA borong jajan la apa lagi memang murah..sebab harga dijual secara combo..beli 3 produk rm 10 je...so bagi yang berminat untuk membuat temujanji boleh hubungi Melinda Ong - 06-2867666/012-6768770.

4. BUSTEL

Bustel tu apa yek??? Bustel tu adalah campuran bagi Bus + Hotel. Yang ni memang direcomended bagi pasangan yang baru berkahwin, tiada anak lagi atau anak yang dah besar2...sebab apa ni pandangan CA la..bagi pasangan yang ada anak kecik/baby macam CA ni tersangat la tidak sesuai..sebab korang bayangla kena tido dalam bas di mana satu bilik tu boleh muat 2 orang jer..sebenarnya macam ni dalam satu bas ada 2 bilik dan dalam 1 bilik tu boleh muat 2 orang jer..so CA bersyukur sebab dah dapat merasa tidur kat bustel..CA memang suka tempat2 yang pelik macam ni tapi kalu nak pegi satu kelaurga idok la jawabnya sebab anak2 CA kecik lagi takkan la nak pisahkan diaorang dgn kitakan...kedudukan bustel ni di Pantai Klebang...best tau sebab petang2/bangun pagi korang boleh pegi tepi pantai dan lepas tu boleh makan/minum di restoren bus di tepi pantai tu...menarikkan...jom layan gambar..


Ini aktiviti malam..orang nak belanja kami naik jela..ni kami naik kereta kuda..harga seorang rm10..tak jauh pun jalannya tapi seronok la dapat angin pastu free plak lagi la syok..tq en man our driver bus sb belanja..mahal tu..




Anak2 kesayangan CA...bergambar nombor satu...macam2 gaya..ni masa berjalan2 ditepi pantai klebang...ni tak kira masa petang masa baru kami sampai hinggalah bangun pagi keesokkannya..memang nyaman..



Inilah rupanya bustel tu...CA tingga dalam bus Bukit Rambai..ada banyak jenis bas sebenarnya..ada bas ekspress ada bas lompat2...nama yang diberi adalah nama tempat disekitar Melaka seperti bukit rambai, bukit katil, bandar hilir, alor gajah dan sebagainya..untuk maklumat lanjut sila ke facebook bustel melaka.

 5. UPSIDE DOWN HOUSE

Galeri rumah terbalik... hmm yang ni masa CA tengok dari luaran tak boleh bayang macam mana la rupanya di dalam sebab kedudukannya berada dideretan kedai..bila dah masuk haaaa bergambo sakan la kami...dalam upside down house ni ada sudut2 sepertu dalam bilik, ruang tamu, tandas, ruang makan, tempat basuh baju dan lain2. keluasannya memang lah tak besar mana tapi seriusly rugi kalau tak melawat ke sini. Seronok sebab kita perlu fikir macam mana nak ambil gambar sampai jadi..teknik posing akan diberi oleh pihak galeri..tapi susah ooo...


Nilah yang CA cakap tengok dari luar cam biasa je..dah masuk baru tau.. 


Tengok ye..gambar sebelum dan selepas..semua peralatan tu ada kat bumbung bila kita dah amik gambar dengan teknik yang diaorang ajar tu kita rotate jer gambar tu so jadilah macam kita yang tergantung...




Kelakar bila tengok balik gambar2 ni..korang kena pergi tau..nak tau maklumat lanjut klik sini...



Selesai sudah pengembaraan CA ke Melaka pada tahun ini..semoga anda juga menikmati pengalaman yang berharga sepanjang aktiviti dijalankan..yang penting keselamatan anak2 kita diutamakan..


p/s: Mohon ampun dan maaf andai CA tak dapat membantu anda...sesiapa yang ada pm CA dalam fb sgt2 minta maaf sebab CA x pernah tengok pun peti yg Other tu..baru2 ni baru tertengok rupanya ramai yg pm CA..ampun sgt2...