Thursday, 20 June 2013

BERYL'S CHOCOLATE WONDERLAND

Lagi entri baru..

Salam Jumaat semua kali ni CA nak kongsi cerita tentang Lawatan yang baru sahaja berlangsung semalam 20 Jun 2013 bersamaan hari Khamis iaitu lawatan ke Kilang Beryl's di Seri Kembangan. Sejujur-jujurnya CA tak dapat input yang banyak semasa di sana kecuali seronok sebab membeli coklat dan bergambar...(JANGAN MARAH YE PIHAK BERYL'S). Pada CA pengalaman ke sana sekadar membeli coklat sahaja sebab masa lawatan sekitar 10-15 min sahaja. Sebaik tiba di sana kami terus di bawa masuk ke Bilik Tayangan (x sampai 5 minit pun) selepas itu terus melawat kilang tu pun x sampai 10 min, kami x sempat nak bertanya apa pun tau2 dah keluar semula ke tempat mula-mula kami tiba. Yang CA dapat lihat dalam kilang tu proses packaging dan isi coklat ke dalam acuan..lepas tu x tau. mungkin rahsia kot..ntah la x boleh buat spekulasi takut kena saman. 


Mula-mula sampai ni la gambar yang CA snap sebab comel sangat...

 

 Ni gambar kedua masa ni kami baru lepas keluar dari bilik tayangan..kat belakang tu sebenarnya gua coklat la sb tu gelap je background nyer.. x bleh ambil gambar ye kat dalam ni..salah! CA x tau pun..

  
Ini lah proses pembuatan coklat di Beryl's tapi x lengkap lagi..sebenarnya kat dinding kilang ni penuh dengan info antaranya sejarah coklat dan proses pembuatan coklat la...tapi sebab masa yang diberi singkat sangat x sempat nak baca...sedih..


Keluar saje terus aktiviti membeli belah..sedap juga coklat Beryl's ni antara yang menjadi favourite CA adalah coklat Tiramisu...yummiiiiii.........



lagi produk dari Beryl's..macam2 ada...biskut pun ada..


lepas shopping amikla gambar...dah tak tau nak buat apa lagi...ni anak murid CA dari kiri ke kanan Jamuna, Izzati (bawak rm2.00 je..Cikgu Ina tolong belikan rm1.80 punya coklat..nasib ada), Ainur, Cikgu Mala dan Nadia..


Dari kiri ke kanan Nur Hamizah, Ne Fong, Jun Yi, Syukri, CA dan Cikgu Azita di Taman Mini Beryl's


Ainur Shakira with CA

                       

Kebetulan....ni murid pra sekolah yang tetiba jadi anak murid kami..
sweet sangat..


dari kiri ke kanan Syafiqah, Jun Yi dan Ne Fong yang terlebih ceria..


Nak dijadikan cerita..lepas lawatan kami lunch di Hotel Residence..tapi sebelum tu kami melawat sekitar UPM yang memang dekat je dgn kilang dan hotel ni....


Memperkenalkan warga PPKI SMK Rawang yang bertungkus lumus menjayakan semua aktiviti yang dirancang. Sekolah kami banyak aktiviti antaranya Terapi Kuda, Bowling, Berenang, Camping, Lawatan dekat dan jauh serta aktiviti lain anjuran sekolah, PPD mahupun JPN. Barisan yang duduk dari kiri our vogue PPM Pn. Asmahani, lovely student Raihana, Penyelaras Pn Marhaini dan Pen. Penyelaras Pn. Rosita. Berdiri di belakang dari kiri guru praktikal Pn. Ina, CA, Pn. Dayah, Pn. Mala, Cik Ifa (mantan guru praktikal), Pn. Azita, Cik Farah (mantan guru praktikal juga) dan Pn. Jannah. 


 Makan time...banyak pilihan dan sedap2 belaka...
RM 40.60 sahaja per kepala...sekarang tengah ada promosi untuk berbuka puasa...


Secara keseluruhannya, CA rasa lawatan ini berjaya sebab yang pertama semua anak2 istimewa CA dapat mengawal tingkah laku dengan baik...terutama semasa lunch semua tertib sungguh..very good lepas ni boleh buat dinner di hotel 4/5 star ye..Cuma yang CA ralat lawatan yang tersangat singkat di Kilang Beryl's..kalau boleh tambah masa dan bagila layanan yang mesra pada pelawat..x rugi pun pihak Beryl's jugak yang untung...

SEKIAN.. 




In Memory



Anda cikgu masakan? Dah buntu nak mengajar anak-anak istimewa kita memasak? Cubalah ke link ini Sensasi Kek Coklat pasti cikgu-cikgu boleh hasilkan produk untuk program cikgu sendiri. Cara buatnya mudah dan cara nak dapat income pun mudah. saya dah cuba dan berjaya. Anda bila lagi??? Side income kita sendiri pun boleh cikgu memang berbaloi.




Sunday, 16 June 2013

PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PPKI SMK RAWANG 2013

Salam Sayang Semua...

Untuk entri kali ni CA nak kongsi cerita berkenaan dengan perkhemahan KRS bagi Program Pendidikan Khas SMK Rawang sesi 2013. Bukan apa memandangkan CA rasa tempat perkhemahan ni menarik sangat untuk dikongsi bersama anda, terutama bagi pencinta alam. Perkhemahan ni diadakan pada 13 & 14 Jun 2013 bersamaan hari Khamis dan Jumaat yang lalu bertempat di Kem Rimba Bayu, Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong. Nak tau lebih lanjut boleh like di fan page ini. seramai 24 orang pelajar yang menyertai perkhemahan kali ini. Macam-macam ragam sebabnya inilah kali pertama kami mengadakan perkhemahan diluar kawasan sekolah. Rasa teruja tak payah la cakap. Harga yang diberi berpatutan dengan aktiviti dan lain2 servis yang disediakan iaitu RM 55.00 satu kepala. Antara aktiviti yang meninggalkan kesan buat CA adalah merentas hutan @ Jungle Tracking. Memang terbaik...mana taknya kami terpaksa meredah sungai dan ada yang sedalam punggung CA..he..he..lenguh kaki den sebab banyak batu yang nak dipijak..tak nak celoteh banyak jom tengok gambar2 yang sempat diambil untuk kenang2 an....


Selamat Datang ke Kem Bayu Rimba


Tapak Perkhemahan


Selepas sarapan pagi, aktiviti pertama kami adalah Halangan Komando...ada 6 jenis halangan yang perlu ditempuhi...CA pun buat jugak kecuali panjat tembok..minta maaf la dengan usia CA sekarang ni x larat nak panjt tembok yang tinggi tu..


tu dia para komando ppki...halangan ni telah disesuaikan untuk anak2 istimewa CA so xlah rendah sangat tali tu..


Yang ni ala-ala tarzan...masa kat sini CA dah sentap sakitnya tangan sebab xlepas la nak jd tarzan kaki pendek kot ataupun teknik xbetul...hmm..


Turun bukit jangan x turun Ne Fong..ramai anak2 istimewa CA yang takut masa nak menuruni bukit ni..mau x if x biasa bleh menggeletar badan dibuatnya..CA dah ada pengalaman dulu...so xlah takut sangat..


Selepas aktiviti halangan komando kami terus diajar cara nak menganyam atap...kami diajar oleh En. Tepus iaitu salah seorang fasilitator perkhemahan kali ini. En. Tepus ni orang asli Bukit Lagong ni tau..suka buat lawak orangnya..Ini pengalaman barula..sekiranya tersesat di hutan bleh la CA buat pondok sendiri he..he..



Ni kononnya anak didik CA la...dah terer sikit anyam atap turunkan ilmu pada anak2..kami pastikan semua pelajar mencuba sebab ini adalah peluang yang sukar diperolehi diluar sana..


Lepas makan tengahari kami berehat dan solat dulu, selepas tu kami bersiap sedia untuk Jungle Tracking...ni aktiviti yang CA nanti2 kan..yang dalam gambar tu En Rosli juga salah seorang PIC perkhemahan kami..sedikit taklimat diberikan kepada kami sebelum memulakan aktiviti...antaranya mulut kena jaga, jangan menjerit dan jangan kutip barang ketika di dalam hutan...berdebar sangat masa tu..


Jalan dalam barisan ye...masa ni senyap je semua sambil menikmati panorama di hutan..


Jom meredah sungai..masa ni ada beberapa orang student CA yang takut nak redah sungai terpaksalah cikgu2 nya mengusung anak2 ni...yang kelakar masa masuk sungai yang dalam parasnya siap angkat kaki budak2 ni..cikgu usung jela..


Jem dah penat sangat2..kami peserta terakhir sekali terpaksa tunggu anak2 yang x larat..


Ni la student yang CA cakap tu..namanya Bella..keje dia menjerit panggil nama mak la mama la..mulut macam mak nenek..cikgu yang usung pun cekeding jer..kesian betul..sabo je la cikgu..


Lega dah sampai check point yang terakhir...budak2 siap mandi lagi..keluar je penuh pacat..heeee takut CA...


Best dah sampai kat air terjun bukit lagong..sejuk rasa nak menyelam je..tapi x sanggup..pacaaat...


Sempat lagi bermandi-manda budak2 ni.. x reti penat pun diaorang ni..


Cuba teka apa ni??? Cendawan gergasi..



Lagi aktiviti yang disediakan..memang berbaloi..


Memperkenalkan anak2 istimewa CA izzati dan haziq..nak tau kenapa snap pic diaorang ni..sebab xreti pakai bedak..bertepek kat muka tu..tapi xpelah sekurang2nya mereka belajar untuk berdikari...


Parang ni hasil tangan En. Tepus nak tau harganya RM 1000.00 tempahan khas daripada kedutaan Jerman.


Lagi hasil tangan orang asli di situ..anyaman bakul..yang ni nak bagi pengetua kami..Pn. Hamidah bt. Hussin

Bagi aktiviti malamnya pula Burung Hantu, karaoke dan BBQ yang sedap dan enak...CA rasa itu sajalah..secara keseluruhan Perkhemahan ini berjaya dan sungguh menyeronokkan serta sesuai untuk anak2 istimewa...kadang kala kita kena berfikiran positif dan yakin bahawa anak2 istimewa kita juga mampu melakukan perkara yang sama seperti anak2 yang normal..bagi peluang pada mereka In Sya Allah pasti berjaya..