Salam Sayang Semua...
Untuk entri kali ni CA nak kongsi cerita berkenaan dengan perkhemahan KRS bagi Program Pendidikan Khas SMK Rawang sesi 2013. Bukan apa memandangkan CA rasa tempat perkhemahan ni menarik sangat untuk dikongsi bersama anda, terutama bagi pencinta alam. Perkhemahan ni diadakan pada 13 & 14 Jun 2013 bersamaan hari Khamis dan Jumaat yang lalu bertempat di Kem Rimba Bayu, Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong. Nak tau lebih lanjut boleh like di fan page ini. seramai 24 orang pelajar yang menyertai perkhemahan kali ini. Macam-macam ragam sebabnya inilah kali pertama kami mengadakan perkhemahan diluar kawasan sekolah. Rasa teruja tak payah la cakap. Harga yang diberi berpatutan dengan aktiviti dan lain2 servis yang disediakan iaitu RM 55.00 satu kepala. Antara aktiviti yang meninggalkan kesan buat CA adalah merentas hutan @ Jungle Tracking. Memang terbaik...mana taknya kami terpaksa meredah sungai dan ada yang sedalam punggung CA..he..he..lenguh kaki den sebab banyak batu yang nak dipijak..tak nak celoteh banyak jom tengok gambar2 yang sempat diambil untuk kenang2 an....
Selamat Datang ke Kem Bayu Rimba
Tapak Perkhemahan
Selepas sarapan pagi, aktiviti pertama kami adalah Halangan Komando...ada 6 jenis halangan yang perlu ditempuhi...CA pun buat jugak kecuali panjat tembok..minta maaf la dengan usia CA sekarang ni x larat nak panjt tembok yang tinggi tu..
tu dia para komando ppki...halangan ni telah disesuaikan untuk anak2 istimewa CA so xlah rendah sangat tali tu..
Yang ni ala-ala tarzan...masa kat sini CA dah sentap sakitnya tangan sebab xlepas la nak jd tarzan kaki pendek kot ataupun teknik xbetul...hmm..
Turun bukit jangan x turun Ne Fong..ramai anak2 istimewa CA yang takut masa nak menuruni bukit ni..mau x if x biasa bleh menggeletar badan dibuatnya..CA dah ada pengalaman dulu...so xlah takut sangat..
Selepas aktiviti halangan komando kami terus diajar cara nak menganyam atap...kami diajar oleh En. Tepus iaitu salah seorang fasilitator perkhemahan kali ini. En. Tepus ni orang asli Bukit Lagong ni tau..suka buat lawak orangnya..Ini pengalaman barula..sekiranya tersesat di hutan bleh la CA buat pondok sendiri he..he..
Ni kononnya anak didik CA la...dah terer sikit anyam atap turunkan ilmu pada anak2..kami pastikan semua pelajar mencuba sebab ini adalah peluang yang sukar diperolehi diluar sana..
Lepas makan tengahari kami berehat dan solat dulu, selepas tu kami bersiap sedia untuk Jungle Tracking...ni aktiviti yang CA nanti2 kan..yang dalam gambar tu En Rosli juga salah seorang PIC perkhemahan kami..sedikit taklimat diberikan kepada kami sebelum memulakan aktiviti...antaranya mulut kena jaga, jangan menjerit dan jangan kutip barang ketika di dalam hutan...berdebar sangat masa tu..
Jalan dalam barisan ye...masa ni senyap je semua sambil menikmati panorama di hutan..
Jom meredah sungai..masa ni ada beberapa orang student CA yang takut nak redah sungai terpaksalah cikgu2 nya mengusung anak2 ni...yang kelakar masa masuk sungai yang dalam parasnya siap angkat kaki budak2 ni..cikgu usung jela..
Jem dah penat sangat2..kami peserta terakhir sekali terpaksa tunggu anak2 yang x larat..
Ni la student yang CA cakap tu..namanya Bella..keje dia menjerit panggil nama mak la mama la..mulut macam mak nenek..cikgu yang usung pun cekeding jer..kesian betul..sabo je la cikgu..
Lega dah sampai check point yang terakhir...budak2 siap mandi lagi..keluar je penuh pacat..heeee takut CA...
Best dah sampai kat air terjun bukit lagong..sejuk rasa nak menyelam je..tapi x sanggup..pacaaat...
Sempat lagi bermandi-manda budak2 ni.. x reti penat pun diaorang ni..
Cuba teka apa ni??? Cendawan gergasi..
Lagi aktiviti yang disediakan..memang berbaloi..
Memperkenalkan anak2 istimewa CA izzati dan haziq..nak tau kenapa snap pic diaorang ni..sebab xreti pakai bedak..bertepek kat muka tu..tapi xpelah sekurang2nya mereka belajar untuk berdikari...
Parang ni hasil tangan En. Tepus nak tau harganya RM 1000.00 tempahan khas daripada kedutaan Jerman.
Lagi hasil tangan orang asli di situ..anyaman bakul..yang ni nak bagi pengetua kami..Pn. Hamidah bt. Hussin
Bagi aktiviti malamnya pula Burung Hantu, karaoke dan BBQ yang sedap dan enak...CA rasa itu sajalah..secara keseluruhan Perkhemahan ini berjaya dan sungguh menyeronokkan serta sesuai untuk anak2 istimewa...kadang kala kita kena berfikiran positif dan yakin bahawa anak2 istimewa kita juga mampu melakukan perkara yang sama seperti anak2 yang normal..bagi peluang pada mereka In Sya Allah pasti berjaya..
No comments:
Post a Comment