Salam sayang semua. Hari ni CA nak berkongsi satu lagi contoh kertas kerja format baru daripada PPD Gombak. CA tak tahu format ni sama ke tak dengan negeri yang lain. Tapi pada pandangan CA semua format boleh diguna pakai asalkan pihak pentadbir sekolah anda boleh menerimanya. Kertas kerja ni paling baru yang CA buat untuk tahun ni dan lawatan kali ni dalam Malaysia sahaja memandangkan tahun lepas kami telah ke luar negara. Tahun ni CA tersangat la sibuk sebab menyandang beberapa tugasan baru yang lebih mencabar. Dengan itu, CA jemput rakan2 membaca dan memberi komen mahupun bertukar2 kertas kerja supaya kita dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan2 diluar sana. Ok CA nak out dulu sebab nak ikuti aktiviti Terapi Berenang bersama pelajar PPKI SMK Rawang. Ada yang berminat nak tengok Kertas Kerja Terapi Berenang, Berkuda dan Bowling kami tak? Jom jadi follower saya...
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KELANTAN DAN TERENGGANU
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK RAWANG, KM 25.6 JALAN IPOH
48000 RAWANG, SELANGOR
1.0 PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’, maka Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Rawang telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kelantan dan Terengganu. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar.
2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara untuk memasyarakatkan golongan berkeperluan khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik.
3.0 MATLAMAT
Matlamat utama program lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mengenali keunikan budaya negeri Kelantan dan Terengganu. Selain daripada itu, pelajar juga berpeluang melawat tempat-tempat yang menarik di negeri Kelantan dan Terengganu.
4.0 OBJEKTIF
1.
|
Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada pelajar – pelajar pendidikan khas membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.
|
2.
|
Dapat membuka minda pelajar-pelajar pendidikan khas dengan suasana dan pengalaman yang baru.
|
3.
|
Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan masyarakat
|
4.
|
Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran untuk pendidikan khas.
|
5.0 PELAKSANAAN LAWATAN
5.1 Tarikh Lawatan dan Hari
24 – 27 September 2013 (Selasa – Jumaat)
5.2 Negeri Yang Dilawati
Kelantan dan Terengganu
5.3 Tempat
Kelantan Darul Naim
| |
1.
|
Rantau Panjang
|
2.
|
Bazaar Tok Guru / Pasar Siti Khadijah
|
3.
|
Wakaf Che Yeh
|
Terengganu Darul Iman
| |
1.
|
SMK Seri Nilam Kuala Terengganu
|
2.
|
Pasar Besar Kedai Payang
|
3.
|
China Town, Kuala Terengganu
|
4.
|
Taman Tamadun Islam
|
5.
|
Masjid Kristal
|
6.
|
Tasik Kenyir
|
7.
|
I-city Terengganu
|
8.
|
River Cruise Sg. Terengganu
|
5.4 Bilangan Pelajar
30 orang
5.5 Bilangan Guru
9 orang
5.6 Bilangan PPM
3 orang
6.0 KUMPULAN SASARAN
Program ini disasarkan kepada 9 orang guru-guru, 30 orang pelajar-pelajar dan 3 orang PPM PPKI, SMK Rawang.
SENARAI NAMA PELAJAR-PELAJAR
BIL
|
NAMA PELAJAR
|
1.
|
Ainol Idzham Arief b. Azman
|
2.
|
Chee Siew Chong
|
3.
|
Chong Ne Fong
|
4.
|
Harish a/l Murugan
|
5.
|
Hiran Raj a/l Ganesan
|
6.
|
Kannan a/l Mumudi Vanten
|
7.
|
Lai Jin Kit
|
8.
|
Liew Wei Soing
|
9.
|
Mohammad Syazwan b Adanan
|
10.
|
Muhamad Firdaus b. Othman
|
11.
|
Muhamad Hazrul b. Hussin
|
12.
|
Muhammad Afiq b. Abdul Rahman
|
13.
|
Muhammad Afiq Iqmal b. Muhammad Zaini
|
14.
|
Muhammad Haziq Hafiz b. Nor Azizi
|
15.
|
Muhammad Roszaiman b. Hasnol
|
16.
|
Nur Afiq Hakim b. Mohd Aris
|
17.
|
Ravindran a/l Ramoo
|
18.
|
Sulaiman b. Ismail
|
19.
|
Syukri b. Sallehudin
|
20.
|
Teng Zhi Hong
|
21.
|
Wong Jia Herng
|
22.
|
Wong Jun Yi
|
23.
|
Yong Wai Keat
|
24.
|
Ainur Shakira bt. Jamaludin
|
25.
|
An – Nur Syafiqah bt. Baharin Tahir
|
26.
|
Jamuna a/p Veraiah
|
27.
|
Nurizzati bt. Sallehodin
|
28.
|
Nurul Aiman Nabilah bt. Abdul Rashid
|
29.
|
Raihana bt. Ahmad
|
30.
|
Than Kai Qi
|
SENARAI NAMA GURU & PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)
BIL.
|
NAMA
|
1.
|
En. Norkasani b. Kamar
|
2.
|
En. Md. Nawawi b. Hassan
|
3.
|
En. Badiozaman b. Azman
|
4.
|
Pn. Marhaini bt. Dasiron
|
5.
|
Pn. Rosita bt. Mohd Said
|
6.
|
Pn. Nirmala a/p Palaniandy
|
7.
|
Pn. Siti Aishah bt. Khairudin
|
8.
|
Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz
|
9.
|
Pn. Wan Azita bt. Wan Yahya
|
10.
|
Pn. Noor Jannah bt. Salleh
|
11.
|
Pn. Asmahani bt. Hussin
|
12.
|
Pn. Siti Hajar bt. Hamsi
|
7.0 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi
|
:
|
Pn. Hamidah bt. Husin
(Pengetua SMK Rawang)
|
Naib Pengerusi
|
:
|
En. Norkasani b. Kamar
(Pen. Kanan PPKI, SMK Rawang)
|
Setiausaha
|
:
|
Pn. Siti Aishah bt. Khairudin
|
Bendahari
|
:
|
Pn. Nirmala a/p Palaniandy
|
Ahli Jawatankuasa
|
:
|
Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz
|
:
|
Pn. Mastura bt. Abd Hamid
Pn. Noor Jannah bt. Salleh
| |
:
|
Pn. Nirmala a/p Palaniandy
| |
:
|
Pn. Marhaini bt. Dasiron
Pn. Rosita bt. Mohd Said
En. Md. Nawawi b. Hassan
| |
:
|
Pn. Asmahani bt. Hussin
Pn. Siti Hajar bt. Hamsi
En. Badiozaman bt. Azman
|
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi
|
:
|
Pn. Hamidah bt. Husin
(Pengetua SMK Rawang)
|
Naib Pengerusi
|
:
|
En. Norkasani b. Kamar
(Pen. Kanan PPKI, SMK Rawang)
|
Setiausaha
|
:
|
Pn. Siti Aishah bt. Khairudin
|
Bendahari
|
:
|
Pn. Nirmala a/p Palaniandy
|
AJK Pengangkutan
|
:
|
Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz
|
AJK Dokumentari/Dokumentasi
|
:
|
Pn. Mastura bt. Abd Hamid
Pn. Noor Jannah bt. Salleh
|
AJK Makanan dan Minuman
|
:
|
Pn. Nirmala a/p Palaniandy
|
AJK Disiplin
|
:
|
Pn. Marhaini bt. Dasiron
Pn. Rosita bt. Mohd Said
En. Md. Nawawi b. Hassan
|
AJK Keselamatan/kebersihan
|
:
|
Pn. Asmahani bt. Hussin
Pn. Siti Hajar bt. Hamsi
En. Badiozaman bt. Azman
|
9.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA
1. Setiausaha :
Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat
dengan proram lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib
Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan program. Membuat
follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.
2. Bendahari :
Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi
perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.
3. AJK Pengangkutan :
Menghubungi pihak bas – sebuah bas, bayaran, memastikan bas
mempunyai permit dan insurans serta memastikan kedudukan pelajar
semasa di dalam bas.
4. AJK Makanan & Minuman :
Menguruskan makan dan minum pelajar sepanjang lawatan.
5. AJK Dokumentasi/dokumentari :
Menyediakan peralatan untuk dokumentari/dokumentasi (kamera, video-
cam) dan mendokumentasikan aktiviti sepanjang program berlangsung.
6. AJK Disiplin :
Memastikan disiplin pelajar sepanjang aktiviti dijalankan.
7. AJK Keselamatan & Kebersihan :
Mengawasi keselamatan peserta sepanjang program berjalan.
Menyediakan plastik (sampah dan muntah) serta first aid. Memastikan
kebersihan sepanjang perjalanan dan penginapan.
10.0 TENTATIF LAWATAN
HARI PERTAMA (24/09/13)
7.30 pg Berkumpul di PPKI SMK Rawang
8.30 pg Bertolak ke Terengganu
4.30 ptg Check in hotel/Solat Jamak/Berehat
5.30 ptg Melawat sekitar Bandar Kuala Terengganu/ membeli
keropok losong dll
7.00 mlm Solat Jamak
8.00 mlm Makan malam/ menaiki River Cruise/ melawat i-city Kuala
Terengganu
HARI KEDUA (25/09/13)
7.00 pg Sarapan Pagi
8.30 pg Melawat sekolah
10.00 pg Melawat kompleks kraf Noor Arfa Batik
11.00 pg Membeli belah di Pasar Payang
1.00 tgh Makan tengahari
2.30 ptg Melawat Masjid Kristal/ Solat Jamak/
Melawat Taman Tamadun Islam
6.00 ptg Aktiviti bebas
8.00 mlm Makan malam
HARI KETIGA (26/09/13)
7.00 pg Sarapan pagi
8.30 pg Bertolak ke Rantau Panjang untuk membeli belah
1.00 tgh Makan tengahari
4.30 ptg Check In Hotel/ Solat Jamak/ Aktiviti Bebas
5.30 ptg Bersiar di Pantai Cahaya Bulan
7.00 mlm Solat Jamak/Aktiviti bebas/Makan Malam
9.00 mlm Membeli belah di Wakaf Che Yeh
HARI KEEMPAT (27/09/13)
7.00 pg Sarapan pagi (Pasar Tani)
9.30 pg Berkumpul dilobi
10.00 pg Membeli belah di Pasar Siti Khadijah/ Bazar Tok Guru
11.30 pg Bertolak pulang ke SMK Rawang
9.00 mlm Dijangka tiba di SMK Rawang
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA
|
KUANTITI
|
JUMLAH
|
Bas (Duit LPBT)
|
1 x RM 3700.00
|
RM 3700.00
|
Penginapan (2 mlm)
Tiket masuk ke TTI
(Tanggungan Sendiri)
|
42 x RM 200.00
|
RM 8400.00
|
Jumlah
|
RM 12,100.00
|
12.0 PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Rawang. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.
Disediakan oleh :
……………………………………..
(SITI AISHAH BT. KHAIRUDIN)
Setiausaha
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Rawang
|
Disemak oleh :
……………………………
(NORKASANI B. KAMAR)
Penolong Kanan
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Rawang
|
Disahkan oleh :
……………………………
(HAMIDAH BT. HUSIN)
Pengetua
SMK Rawang
|
Apakah perbezaan kertas kerja sebelum ini dengan format yang baru ini? Cuba anda selidik sendiri baru tahu jawapannya. Jangan main copy je tanpa tahu apa yang kita buat. CA tak kesah sape nak copy dipersilakan tapi baca dulu dan cuba sesuaikan dengan cara penerimaan pengetua anda!
Anda cikgu masakan? Dah buntu nak mengajar anak-anak istimewa kita memasak? Cubalah ke link ini Sensasi Kek Coklat pasti cikgu-cikgu boleh hasilkan produk untuk program cikgu sendiri. Cara buatnya mudah dan cara nak dapat income pun mudah. saya dah cuba dan berjaya. Anda bila lagi??? Side income kita sendiri pun boleh cikgu memang berbaloi.
Salam, kalau berminat untuk datang ke Pulau yang tersenarai dalam Top-10 in the world boleh hubungi saya.
ReplyDeletePulau tersebut terletak di Sabah.
facebook.com/discovermabul
i.Kelab Teater & Kesenian GTS
ReplyDeleteSalam dan Selamat Sejahtera. i.Kelab Teater & Kesenian GTS sedang membuka keahlian baru. Ianya terhad kepada 50 orang ahli sahaja. Latihan dan perjumpaan akan berpusat di Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak, KL. Daftar sekarang sebelum pendaftaran ditutup. Terima kasih.
Sila Hubungi
En Syam : 012 256 5122
En Feiruz : 012 231 6840
1. Kelab ini bertujuan untuk memberi peluang kepada sesiapa sahaja remaja & ke atas yang berminat menceburi bidang teater.
2. Tiada pengalaman diperlukan. Latihan akan diberikan.
3. Membina keyakinan dan keberanian untuk membuat persembahan di depan penonton secara langsung.
4. Yuran keahlian serendah RM50 seumur hidup.
5. Melahirkan generasi pelapis untuk seni, teater dan persembahan.
6. Dapat menambah pendapatan disamping membina kerjaya.
7. Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
8. Kami juga mempunyai hubungan dengan beberapa agensi kebudayaan & kesenian, dan syarikat produksi untuk berkolaborasi dalam menganjur persembahan.
http://grandthousandsolution-gts.blogspot.com/2014/01/pendaftaran-ahli-baru-untuk-ikelab.html
best jugak yer berteater..cikgu boleh jgk ke nak join??:)
DeleteAssalamualaikum, minta copy kertas kerja ye
ReplyDeletehi...ada x cikgu yg pernah bw pljar sabah/sarawak lawatan ke kL...kalau ad boleh kongsi cara-caranya...tq
ReplyDeleteSekiranya ingin datang melawat Kuala Terengganu.
ReplyDeleteRAMA RAMA GUEST HOUSE menyediakan penginapan serendah RM30 per head
011 254 84 284 untuk keterangan lebih lanjut
ig; ramaramagh
emel & fb; ramaramagh@gmail.com
as salam... izinkn sy copy paper work akak yer..tq
ReplyDeleteas salam... izinkn sy copy paper work akak yer..tq
ReplyDeleteDipersilakan...semoga berjaya..
ReplyDeleteSANGAT BAIK DAN MEMBANTU..TERIMA KASIH..
ReplyDeletekami boleh menyediakan pakej perlancongan atau lawatan sekitar kuala terengganu.. boleh bawa berbincang jika berminat..
ReplyDeleteminta izin copy kertas kerja ye.sgt membantu
ReplyDeleteMinta izin copy ye.terima kasih
ReplyDelete