Tuesday, 11 December 2012

PUTRAJAYA

Salam sayang semua...untuk entri kali ni CA nak menulis tentang lawatan ke Putrajaya. Sebenarnya lama dah pun lawatan ni sebelum cuti sekolah aritu iaitu pada 23 Oktober 2012 bersamaan hari Selasa. Sepatutnya dah di publish pun tapi ada masalah teknikal takleh la nak buat apa2... Jadi CA fikir lawatan ni tetap CA nak share dgn rakan2 di luar sana...Sebenarnya CA rancang nak bt lawatan ni pada bulan Jun tapi nak buat macam mana pada bulan tersebut penuh dengan aktiviti pelajar peringkat daerah. Memang tertekan sebab baru je lepas balik Singapura pada 18 dan 19 Okt terus nak prepare ke Putrajaya pulak. Dah la permohonan kebenaran lawatan dari PPD tidak diluluskan atas alasan tarikh yang CA bagi (11 Okt 2012) tak cukup 5 minggu daripada tarikh borang tu dihantar. Tu yang CA terpaksa anjakkan tarikh lawatan ni. Tapi takpela yang penting aktiviti untuk pelajar berjalan seperti yang dirancangkan. Seperti biasa bagi setiap lawatan kena ikut prosedur seperti yang telah CA nyatakan dalam entri yang sebelum ini. Kertas kerja, borang permohonan pelancongan (hantar 5 minggu sebelum tarikh lawatan), surat kebenaran ibu bapa dan urusan surat menyurat tempat yang nak dilawati. Kalau boleh minta la diskaun untuk pelajar kita kdg2 ada tempat yg boleh masuk free tau. CA telah merancang untuk pergi ke Cruise Tasik, Taman Botani dan Alamanda.


Destinasi pertama adalah ke Taman Botani. CA pilih menaiki trem dan melawat Moroccon Pavillion. Setelah menghantar surat ke pihak TB akhirnya pelajar dapat naik trem dan tiket percuma masuk ke MP tu. Cikgu2 kena bayar la ye. Naik trem RM 4.00 dan MP RM 3.00 sahaja. Di TB ni CA bernasib baik sebab dapat naik trem dengan pemandunya yang sangat peramah, banyak penerangan yang dia bagi antaranya jenis2 tumbuhan yang ada dan siap berhenti lagi dikawasan yang menarik untuk kami bergambar sebagai kenang - kenganan. Pemandangan di sini memang cantik jadi tidak hairanlah ramai fotografer yang datang ke sini. Untuk melihat perkhidmatan dan harga di Taman Botani sila klik di sini.


Ni masa naik trem keliling Taman Botani. Kalau nak berjalan tak larat rasanya. Sebab ada 3 pembahagian taman kat sini. Paling tidak boleh sewa basikal keliling taman ni.


Setelah kami di bawa keliling taman kami berhenti di Moroccon Pavillion. Ha kat sini sebenarnya muzium kesenian Morocco. Kesenian yang CA maksudkan adalah dari segi seni bina bangunan di Morocco. Memang cantik dan nampak mewah. Tiket masuk hanya RM 3.00 bagi individu dan RM 1.00 untuk pelajar. Tapi bagi pelajar CA free la...sebab dah hantar suratkan...


Untuk pengetahuan semua di MP ni tak boleh ambil gambar ye..tapi sebab dah teringin sangat CA ambil la jugak. Pada pendapat CA MP ni sebuah tempat yang menarik tapi kalau boleh minta tolong pihak Taman Botani menjaga Pavillion ni dengan baik la..lagipun pengunjung dah bayar mestila nak sesuatu yang bermakna. Destinasi kami yang seterusnya adalah ke Cruise Tasik Putrajaya.




Sebenarnya banyak juga sekolah yang datang ke sini. Jadi terpaksalah kami menunggu lama untuk naik cruise tersebut. Bot yang disediakan ada 2 jenis satu bot penumpang yang besar lebih kurang feri nak ke Pulau Langkawi dan satu lagi perahu dondang sayang ala2 perahu zaman dulu kala. Dondang sayang tu rasanya lebih menarik sebab open air. Tapi tak berapa sesuai untuk pelajar2 CA. CA sebenarnya pilih pakej Learning & education. setelah menghantar surat dapat la harga RM 18.00 untuk guru dan RM 15.00 untuk pelajar. Untuk mengetahui harga dan perkhidmatan yang disediakan boleh klik link ini.


Antara bangunan dan jambatan yang dilalui. Setiap rekabentuk bangunan dan jambatan di Putrajaya ada kisahnya. 



Destinasi terakhir kami adalah Alamanda. Sebanarnya ni time makan tengahari jadi memang CA dah pesan pelajar2 dan guru yang kita akan makan di Alamanda. Sengaja CA nak bagi peluang pelajar2 CA berdikari dan belajar cara nak membeli dengan betul. Kebetulan waktu kami pegi situ memang lunch our jadi apa lagi terpaksa la berebut dengan orang ofis. Last2 A&W je yang tak ramai orang. Kesitu la CA dan rakan membawa anak jagaan kami. Berbaloi juga sebab dah lama tak makan A&W terutama float...

Secara keseluruhannya CA berpuas hati dengan lawatan ke Putrajaya namun tidak dinafikan banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak Perbadanan Putrajaya sebab kemudahan yang disediakan seolah sambil lewa. Jangan marah ye sebab potensi untuk menjadi tempat yang menarik untuk dilawati sangat tinggi tapi kalau penyelenggaraan pun tak elok tak seronok pula...


Tuesday, 13 November 2012

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Pada 11 Nov 2012 bersamaan hari Ahad CA dan keluarga bertolak ke Melaka. Sebenarnya perancangan kali ni dibuat oleh kakak2 CA. Ikutkan ini kali kedua CA ke Melaka dalam tahun 2012. Mei aritu menghantar adik angkat ke UTEM dan kali ini bercuti bersama keluarga. Tempoh percutian kami singkat sahaja tapi penuh dengan memori. Ikutkan tak cukup ke Melaka 2H1M tapi kami rancang dengan baik aktiviti sepanjang di sana dan Alhamdulillah dapat juga melawat ke tempat yang memang teringin nak pergi. Tempat yang dah pernah pergi memang takde dalam list CA sebab nak kejar masa seperti A'famosa, Muzium Samudera, Muzium Kastam, Muzium TLDM kecuali Melaka Rivercruise dan Menara Taming Sari (yang ni wajib naik..memang best). 

Kami bertolak 11 Nov tu pada jam 8.30 pagi dari Rawang dan tiba di Ayer Keroh lebih kurang jam 11.00 pagi. Itupun berenti sekali sebab nak buang air bab makan tak payah fikir sebab mak CA siapkan bekal bukan main banyak macam nak berniaga pulak.  


Destinasi pertama kami adalah Zoo Melaka. Di sini memang sesuai untuk kanak-kanak sebab terdapat 215 spesis binatang yang kita pernah tengok mahupun yang tak pernah tengok. CA sendiri yang tengah sarat mengandung ni pun macam tak percaya boleh berjalan seluas 22ha kawasan Zoo Melaka ni. Kalau tak larat boleh naik trem ye. Safari at Night pun ada di Zoo Melaka ni untuk mengetahui harga dan maklumat mengenai Zoo Melaka boleh klik di sini.

Selamat Datang ke Zoo Melaka...

 my family..ni mula2 skali masuk jumpa la si burung kakak tua...cantik2 semuanya..

 setelah penat berjalan lepaklah sekejap di hadapan kandang rimau...aumm..jangan lupa bawak payung/topi sebab panas sangat2...

tu dia pakcik rimau dengan anak buahnya...

Kami seterusnya menuju ke Homestay D'alai yang terletak di Kg. Alai. Tak jauh pun dari bandar Melaka lebih kurang 8km sahaja. Suasana memang selesa untuk keluarga. Terdapat banyak bilik disediakan yang penting tempah awal. Harganya pun berpatutan. Kami tempah 4 bilik berjumlah RM 360.00 jadi satu bilik RM 90.00. Kemudahan yang disediakan ada dapur dan kolam renang untuk dewasa mahupun kanak-kanak.



Tapi bagi mereka yang berminat duduk dibandar CA syorkan kondominium yang terletak di Mahkota Century Hotel, betul-betul depan Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan (boleh shopping di Herritage beli cencalok dan kerepek2/dodol dll). Sila hubungi Mr. Naga 012-6590305. Satu malam RM 290.00 ni harga masa CA pegi bulan Mei aritu menghantar adik angkat ke UTEM. Sekarang tak tau la takut dah naik.

Ada dua bilik di sini. Kemudahan yang disediakan adalah parking kereta, kolam renang, gym, tennis court dan banyak lagi la. Sebenarnya kondo ni persendirian punya so kalau kita sewa kita boleh guna member card owner tu. Tapi tak sempat pun sebab asyik berjalan je kan.CA sempat berenang dengan anak2 jer petang tu.


My lovely princess and prince...CA suka pemandangan di sini nampak laut Selat Melaka yang cantik. Ok sambung semula percutian CA yang terbaru ni...setelah check in semua dah penat tapi anak2 sibuk nak mandi kolam layan jela sambil melantak bekal yang mak sediakan. Selepas maghrib kami terus ke    Medan Selera MBMB terletak tak jauh dari homestay kami. Sebelum ke Melaka memang dah target nak makan ikan bakar jadi di situ terdapat banyak gerai dan kedai makan. Kami telah memilih Seri Muara Alai Hj. Nasir Ikan Bakar. Macam2 ada kat situ tapi sikit tak puas hati la sebab CA bayangkan ikan pari bakar yang CA nak tu ada sambal/pes mcm kat johor tp kosong je...bedal je la..banyak lagi restoran yang lain, boleh pilih ye... selepas itu kami terus ke Melaka Rivercruise...


Terpaksa beratur panjang semata-mata nak naik cruise waktu malam. Sebelum ni CA naik waktu pagi kali ni teringin malam plak..memang ada beza naik waktu siang nampak biawak comando yang besar giler. Biawak2 ni telah mendapat tajaan daging sebulan 2 kali dari Tesco dan memang kerajaan Melaka sediakan peruntukkan untuk makanan biawak dan juga maintenance untuk bangunan2 serta rumah di tepi sungai tersebut. Naik waktu malam pula dapat lihat keindahan cahaya lampu yang dihiasi di setiap rumah dan lukisan-lukisan dibangunan tersebut. Memang berbaloi la harga tiket RM 10.00 utk dewasa dan RM 5.00 utk kanak2 bawah 12 thn.


baby rizqi dengki betul dengan mama..habis selendang mama kena tarik...ni masa dalam bot menikmati panorama yang indah..kami punya pemandu bot pun pandai berceloteh bagi penerangan..salah satu yang menarik minat CA adalah tentang homestay di Kg. Morten. Mesti seronokkan kalau dapat bermalam disitu betul2 berdepan dengan sungai Melaka dan terletak di tengah2 bandar.

Keesokkannya kami terus check out pada jam 9.00 pagi dan terus ke Bandar Hilir untuk sarapan dan melawat tempat2 bersejarah di situ. Kami bersarapan di Medan Samudera yang CA rasa bukan sarapan dah sebab kami makan nasi berlauk terus. Lepas makan kami berjalan dalam medan tu untuk beli souvenir....Selepas itu, antara tempat yang family CA lawati adalah Muzium Kastam, Muzium Samudera dan Menara Taming Sari. Lagi satu beca, jangan lupa cuba la naik beca melawat sekitar bandaraya melaka..harga tak fix la ada yang rm 30 ada yang rm 40..hmmm nasibla ye..takut ada yg kena rm 50 ..jgn naik plak membazir...survey dulu k...

wajib naik ye..pesanan kalau bawak makanan siap2 la simpan dalam beg kalu tak kena tinggalkan kat mana2 dulu ...



yang ni antara permainan yang ada dekat menara taming sari..sebenarnya kena bayar kat kaunter tiket tapi disebabkan kami malas nak masuk balik kami tak bagi la anak2 main tapi disebabkan muka kesian budak2 ni dapat juga naik kuda percuma ehsan abang penjaga area mainan ni...tq  dik :). Berdekatan dengan menara taming sari ada duck tour...yang ni memang best sb mula2 bersiar di atas darat kemudian terus ke laut...bestkan tapi sayang kami dah penat sangat so tak sempat nak naik...next time CA mesti nak naik jgk duck tour ni...


macam ginilah bentuknya..bestkan...


Inilah harganya.. so selamat melancong ke Melaka dan rancangla percutian anda..Cuti-cuti Malaysia segalanya ada di sini...







Thursday, 25 October 2012

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS)

Assalammualaikum dan Salam Sayang semua..untuk tahun ni ada 3 lawatan yang CA uruskan iaitu lawatan ke Seremban bersama KTMB, lawatan ke USS dan last sekali ke Putrajaya...kali ni penat sangat dengan keadaan CA yang sarat mengandung dan terpaksa uruskan 2 lawatan dalam tempoh yang dekat sangat..ni gara2 tarikh yg CA rancang clash dgn tarikh aktiviti peringkat daerah Gombak...takpelah yang penting dah settle keje CA untuk tahun ni...untuk post hari ini CA nak berkongsi pasal lawatan terbesar CA iaitu ke Universal Studio Singapore (USS) dan JB....seperti biasa prosedur sekolah dan PPD kena ikut ye tapi prosedur paling baru adalah SENARAI SEMAK KENDERAAN yang korang naik tu ... antara yang para guru kena ambil tahu adalah :
1. Roadtax bas
2. Insurans setiap penumpang
3. Permit kokurikulum dpd SPAD bagi bas sekolah ajer...bas pelancongan tidak perlu..tapi ke Singapura kena naik bas pelancongan ye...
yang selebihnya nanti CA upload kemudian k...lupa la dokumen tinggal kat sekolah..

Gara2 benda ni la CA rasa bengang sampai sekarang sebab bergaduh dibuatnya dgn pemandu bas pelancong tu!!xpela ni pengajaran after this kalau korang nak senang carila pemandu yang mesra dan bersedia ikut prosedur tu...kalu x baik reject awal2...

Ok back to USS banyak prosedur yang CA belajar sbnrnya kali ni..antaranya kalau kita nak buat lawatan pelajar sekolah ke luar negara kena buat dari awal lg terutama kertas kerja, kebenaran ibu bapa & kebenaran PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) after that barula cari agensi yg sesuai dan best harganya...lagi satu bab pasport..group CA ada 25 orang yang xde pasport individu so terpaksa la uruskan pasport berkumpulan dengan imigresen Shah Alam...siap buat surat panggil diaorg datang sekolah...nanti CA bgtau prosedurnya paling senang cari no tel Jabatan Imigresen yg terdekat tanya dia prosedur mcm mn...satu buku RM 200.00 ye..so bleh share maksimum 20 org..

Sebenar2 nya memang best giler pegi USS tu ada 7 section kat situ antaranya Hollywood Street, Jurassic Park, Far Far Away (Shrek 4D & Madasgacar), The Mummy, Sci Fi City (Ada Transformers & Daybot Robotic kat sini) dan sebagainya..game dia tak payah cakap la byk yg xtream..tak sesuai untuk yg ada penyakit kronik spt sakit jantung, darah tinggi dan jg ibu yg mengandung spt CA ni...sedih betul..utk kanak-kanak pun bukan semuanya sesuai...TAPI yg best pada CA sb dapat jumpa banyak karekter kat situ (tengok gambo je la ye..).

Penat plak CA nak menaip so kita tengok gambar berserta penerangan barulah dapat gambaran sikit kan...

 tu dia..kung fu panda pun takut dgn group kami...takut terbalik katanya..

 hujan semakin lebat menyebabkan kami terpaksa membeli baju hujan dgn nilai SGD 3.00..hu..hu darab la dgn 2.52...

 hati2...bio hazard..

 @ Transformers...kat sini la kaki CA kena simpul biawak sampai terduduk nak betulkan kaki yg sakit ni...

 Roller coaster ni ada 2 bhgn satu kaki tergantung (biru) satu lg tak (merah)...bleh pilih ye ikut kemampuan diri...dekat belakang section roller coster ni ada surau ye boleh solat kat situ...

 macho la tu..bersama pahlawan the mummy..

 kat sini pun byk game yg xtream..ada darah tinggi, sakit jantung x pyh la naik...member2 ramai yg sakit lps keluar dari 3D the mummy ni..

 @ jurassic park..sini pun ada banyak game yang best..

 ni je la game yang CA bleh main..sedih betul...

 CA jumpa abg amy kat sana..rezeki sungguh...

 ni lunch CA @ oasis restaurant..nasi briyani SGD 19.90..sb dah laparkan tutup mata je la...yang penting halal...if x nak makan dan nak bawa masuk bekal pun boleh tapi nasib la kalu boleh lepas dgn imigresen singapore...CA bagi roti satu dan air botol satu kpd semua peserta...untuk yang berkumpulan siap2 bahagi makanan tersebut kepada semua peserta jgn bawa masuk satu beg plastik penuh makanan jawabnya kena rampas la...rokok pun sama jgn ngada2 nak bawak sampai 2-3 kotak jawab la dgn pegawai tu...sama ada kena tax atau buang la rokok tu...:)

@ far far away...shrek 4D sesuai la utk semua..


kat sini bleh beli souvenir USS...CA beli baju USS harga SGD 27.00...CA tukar duit dalm RM 300 lbh..rate dalam 2.51-2.53....bahagi la sendiri ye..tapi CA rasa nak pg sana x pyh la nak shopping byk2 yg pntg enjoy masa kat sana....tiket masuk boleh beli online jer try kat link ni USS ticketing

shopping sat...tapi yg lebihnya posing jer...


  kiosk2 kecik yg ada di hollywood street...boleh la beli keychain ke..magnetic ke...magnetic frame ke..sekadar kenang-kenangan...

 ni antara karakter yang ada di USS..korang amik la map dan juga pamplet masa show di main entrance... karakter2 mcm ni keluar bkn setiap masa sama la juga street show...

 @ the globe..wajib snap pic kat sini yer..

 masa dah keluar baru perasan ada Malaysian Food Street tapi mcm ramai cina jer..ntah la..sape yg nak pg bleh la survey ye..jgn main makan je..x tau halal ke x..


ni hotel yg kami menginap..Good Hope, Skudai..

Info trip kali ni :

Tarikh lawatan > 18 & 19 Oktober 2012
Destinasi        > USS & JB (Danga Bay, JPO & Ayer Hitam)
Pakej             > Wira Travel Agency - RM 330.00 (Dewasa)



Anda cikgu masakan? Dah buntu nak mengajar anak-anak istimewa kita memasak? Cubalah ke link ini Sensasi Kek Coklat pasti cikgu-cikgu boleh hasilkan produk untuk program cikgu sendiri. Cara buatnya mudah dan cara nak dapat income pun mudah. saya dah cuba dan berjaya. Anda bila lagi??? Side income kita sendiri pun boleh cikgu memang berbaloi.

Tuesday, 11 September 2012

Pulau Langkawi Menggamit Kenangan

Hari ini CA nak cerita tentang lawatan ke Pulau Langkawi...sebenarnya lawatan ni dah lama dibuat begitu juga dengan post mengenai lawatan ni seingat CA 11 Nov 2011 yang lalu...tapi apakan daya blog CA yang lama dah x boleh dibuka..buat baru lg senang.....seperti biasa prosedur yg kena buat:

a) survey dulu pakej @ tempat yg korang nak pegi...masa ni terus buat kertas kerja & surat nak mtk harga student...jgn lupa follow up..
b) isi n serahkan borang kebenaran melancong PPD...lampirkan kertas kerja skali...
c) kutip duit sebaik semua di atas selesai...jgn lupa tick nama n resit...
d) beri pelajar borang kebenaran ibu bapa...
e) lg satu bentuklah jawatankuasa dikalangan guru yg turut serta dan sentiasa berbincang dgn team anda...

Butiran:
Tempoh Lawatan      : 3H2M

Jumlah Peserta        : 25 org
Tempat Penginapan  : Tanjung Malie Resort, Pantai Chenang
Tarikh Lawatan        : 19 -22 Oktober 2011




Ok sekarang CA nak tunjukkan beberapa pic yg menarik semasa ke langkawi...

kami bertolak dr rawang jam 9.30 mlm dan tiba di jeti kuala perlis jam 5 pagi...
ni br lps breakfast di restoran berhadapan jeti k.perlis...
awal giler sampai..cikgu mandi kat tandas..budak2 kami suruh mandi ala P. Ramlee..busuk...
CA ambil tiket jam 7.00 pagi sb nak kejar trip Island Hoping jam 9.00/10.00 pagi di langkawi nanti....
tiket dah diuruskan oleh agensi so sampai sana gi kaunter tinggal pilih waktu mana nak naik...
ni masa naik bot untuk island hopping..perjalanan dari jeti k.perlis ke lpulau langkawi lbh kurang sejam lebih...kami sampai jeti kuah jam 8 pagi lbh pastu tunggu bas pesiaran dlm pukul 10.00 pagi gak kami sampai di Tanjung Mali Resort dan uruskan penginapan peserta...masa tu ada mslh ckit nsb baik dapat di atasi...
dalam pic ni Wong namanya..dia hyperaktif so kena bwk mummy skali sb cikgu x mampu nak jaga...takut terjun dalam laut pulak...TQ mummy..
ni masa tiba di tasik dayang bunting...CA bersama student Hamizah...nampak normal kan??dia cuma bermasalah pembelajaran sahaja..IQ nya lebih rendah dpd usia sebenar...
inilah barisan guru dan pembantu yang banyak menolong CA sepanjang lawatan...TQ guys...
duk termenung sebab kepenatan mendaki bukit tasik dayang bunting yg tinggi bangat...if pegi korang hati-hati dgn beruk yang ada kat situ..penyelaras kami asyik kena kejar dgn beruk jantan yg besar dan sumbing sikit...takut giler...CA rasa beruk tu kesepiaan...sian dia...
merenung jauh ke langit..he..he..ni pic masa kat Pulau Beras Basah..if ambil island hopping trip korang akan dibawa ke Pulau Beras Basah, Tasik Dayang Bunting dan Eagle Feeding...harga RM30-40 shj...
masa ni tengah berlumba dgn bot sebelah nak melihat helang makan (eagle feeding)..
terhentak2 kami mcm langgar batu..
yang ni pulak masa aktiviti bebas petangnya...
banana boat RM15.00
yang ni parasailing namanya...
CA berkeras nak naik gak sb di Pulau Beras Basah mahal ckit Banana Boat RM20 & Parasailing RM100..
tapi di tepi pantai chenang RM 50.00 sahaja..
bersiap sedia nak lari n terbang...
tu CA la yg telah terbang jauh dan semakin tinggi..
panorama dari atas memang cantik..Subhanallah..
selamat mendarat walaupun caraku tu salah..
suppose masa mendarat jgn duduk tapi berdiri...
he..he..1st time cuba...
bermandi manda ditepi pantai cenang...resort kami tu tepi pantai...
@ kilang gamat nusantara...ni lagi sorang student CA syukri nama dia..hensem tapi bermasalah pembelajaran gak...

@ makam mahsuri...masa pegi zaman anak dara dulu lain

skang dah cantik...
@ langkawi cable car..rugi rasanya if pegi langkawi x naik cable car..kami dapat special price atas nama pelajar2 oku ni..syukur sangat ajar diaorg ni selalu murah rezeki...
dlm pic ni nak bagitau korang yg tengah2 tu firdaus namanya..pandai menyanyi...tapi blur banyak...lain yg CA suruh lain yg dia buat..hu..hu..x pela fir nanti pas ni bleh gi masuk pertandingan karaoke dapat duit...
ni @ jambatan gantung di cable car..bagi CA x gayat la tapi panorama yg indah dapat kita lihat..Subhanallah..
possing sat di depan ofis Tg. Malie Resort...nak balik dah tengah tunggu pakcik bas...
Bersama fuza anak penyelaras CA...@ KFC..
CA kalu buat rombongan mesti ada baki duit bleh makan KFC or sebagainya...
ha..yang ni sj je nak letak gak sb ni guru di sekolah kami dulu sis Ita yang dah berpindah ke Perlis..kami jumpa masa kat jeti Kuala Perlis..

itu shj la gambar yg dapat ditunjukkan..ikutkan byk lagi..di sini CA senaraikan tempat yg telah dilawati.:


Island Hopping

(pulau beras basah, tasik dayang bunting & eagle feeding) - ni CA yang minta tambah sb nak bg pengalaman baru pd semua pelajar & guru)`
Kilang Gamat Nusantara
Makam Mahsuri
Langkawi Cable Car
Sekitar Pekan Kuah (shopping sakan)