Wednesday, 4 December 2013

KEMBARA PANTAI TIMUR

Salam Sayang Semua....

Lama dah tak menjengah blog CA ni. Terlalu sibuk. Orang selalu kata kerja cikgu ni senang apatah lagi Guru Pendidikan Khas macam CA ni. Tapi orang tak tahu yang sebenarnya cikgu zaman sekarang ni terpaksa memikul pelbagai tugas sampingan. Entahla kalu nak sebut tugas kita sebagai guru disekolah ni panjang menjela la jawabnya. Masa cuti sekolah bukannya masa nak berehat sebab waktu tu la para guru nak pulun siapkan perancangan untuk Tahun depan, jaga SPM dan banyak lagi kerja lain. Semuanya dibuat demi masa depan anak bangsa sendiri. 

    Ok cukup cerita pasal kerja di sekolah, sekarang ni CA nak berkongsi cerita berkenaan lawatan CA ke Kelantan dan Terengganu. Tahun ni kan tahun melawat Ganu jadi CA ambil kesempatan untuk ke sana. Pada mulanya CA tak berminat sangat nak ke sana bukan apa suami CA orang Kelantan dan rakan-rakan pun ramai yang dari sana jadi sedikit tidak bersemangat nak menguruskan lawatan ni pada mulanya. Tapi last2 minit Ca jadi bersemangat sebab teruja nak bermalam dalam Taman Tamadun Islam. Perancangan bagi lawatan kali ini amatlah berliku. Macam-macam dugaan datang melanda. Ada sahaja halangan seolah-olah tidak membenarkan kami menjalankan lawatan ini. Tapi Alhamdulillah, akhirnya semua berjalan dengan lancar walaupun terpaksa melakukan banyak perubahan. CA bertolak pada malam 24/09/2013 bersamaan hari Selasa ke Kelantan. Pada awalnya CA rancang ke Terengganu dulu tapi terpaksa diubah demi kemudahan si Pemandu Bas rombongan. Alih-alih CA kena marah dengan Pengetua sebab menurut sahaja kehendak pemandu bas. Kesalahan CA kali ini adalah merubah tentatif daripada perjalanan siang kepada perjalanan malam. Jadi CA sampaikan amanat Pengetua CA kepada semua sekadar nak mengingati : 
Untuk pengetahuan semua, rombongan sekolah tidak digalakkan bertolak pada waktu malam dan perjalanan hanya boleh dibuat seawal 5.00 pagi. Selain itu, perjalanan jauh yang dibenarkan adalah tidak melebihi 8 jam maknanya pergi 8 jam dan balik pun 8 jam. Dikhuatiri ada yang nak balik nanti ikut jalan jauh dan dah melebihi 8 jam pulak. Jelas ye rakan2..nak tau lebih lanjut baca la Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan lawatan SPI Bil. 5/2007SPI Bil. 5/2002 dan SPI Bil. 12/2000 sebenarnya CA tak jumpa pun petikan ayat yang mengatakan tidak digalakkan bergerak pada waktu malam tetapi CA jumpa ayat tersebut di sini. Klik pada Garis panduan melancong-Portal Rasmi KPM..ni portal daripada JPNJ...memang ada dinyatakan pada peraturan no. 7...ok cukuplah bercerita berkenaan dengan SPI ni nanti kita jadi konfius so kembali ke Kembara Pantai Timur CA, keseluruhan memang seronok dan tak puas sebenarnya. Perjalanan selama 4 hari 3 malam tu tersangatlah singkat. Jom tengok tentatif CA dan gambar2 yang menarik sepanjang di sana.


TENTATIF LAWATAN KE TERENGGANU KE KELANTAN (4H3M)
                           
            HARI PERTAMA (24/09/13)
            9.00 mlm       Berkumpul di PPKI SMK Rawang
            9.30 mlm       Bertolak ke Kelantan

            HARI KEDUA (25/09/13)
3.30 pg          Berhenti rehat di  R&R Gua Musang
5.30 pg          Mandi dan solat di Masjid Kuala Krai
7.00 pg          Sarapan Pagi
            8.00 pg          Bertolak ke Rantau Panjang
            12.30 tgh       Makan tgh/solat jamak
            2.30 ptg         Bertolak ke Kota Bharu  
4.30 ptg         Melawat sekitar Bandar Kota Bharu
                                 - Shopping di Pasar Siti Khadijah saje..Bazaar Tok Guru tak pergi sebab                                          
                                   dah penat shopping di Rantau Panjang.
            5.30 ptg         Check in Hotel (Ridel Boutique Hotel Wakaf Che Yeh)/ Solat
Jamak/ Makan Malam/ Aktiviti bebas
            8.30 mlm       Berkumpul, makan malam dan membeli belah di Wakaf Che Yeh


            HARI KETIGA (26/09/13)
            7.00 pg          Sarapan Pagi/ Bertolak ke Kuala Terengganu
            11.00 pg        Melawat SMK Seri Nilam (layanan baik sangat)
            12.30 tgh        Makan tengahari di SMK Seri Nilam
            2.00 ptg         Melawat Kompleks Kraf Noor Arfa Batik (tak jadi sb nak kejar shopping di                                    
                                    Pasar Payang)
            3.00 ptg          Membeli belah di Pasar Payang & Kompleks Warisan
            6.30 ptg         Check In Guest House TTI/Solat Jamak/Aktiviti bebas
            8.00 mlm        Makan Malam di Restoren B' Beteng (memang sedap dan murah)/aktiviti 
                                    bebas 
                               
            HARI KEEMPAT (27/09/13)
            7.30 pg          Melawat Masjid Kristal (sebelah je dgn Guest House kami)
            8.00 pg          Sarapan Pagi di Restoren B’ Beteng
            10.00 pg        Melawat sekitar Taman Tamadun Islam
(Taman Monumen + River Cruise + Makan)
2.00 ptg         Bertolak pulang ke SMK Rawang (singgah beli keropok lekor di Losong)
11.00 mlm     Dijangka tiba di SMK Rawang    



Sarapan di Pasar Pasir Putih. Kami singgah sini pun sebab salah seorang daripada rakan guru CA nak hantar anaknya ke kampung. Biasalah bila ada aktiviti di sekolah kami jarang bawa anak bersama sebab komitmen yang tinggi diperlukan bila menjaga anak-anak istimewa ni. Nanti mana nak jaga anak mana nak jaga anak murid, alih2 dua2 terabai. CA pun pelik bila ada sekolah yang membenarkan guru membawa anak2 bersama bila ada aktiviti sebegini. Bahaya tau kita sedang dalam bertugas bukan berseronok!



Shopping di Rantau Panjang. Memang macam-macam ada. Pada CA kalau nak shopping barangan selain daripada kain pasang atau tudung di sinilah tempatnya. Kena pandai tawar menawar. Tipsnya tawar pada harga yang paling murah sekali kemudian kalau tak boleh naikkan sikit demi sedikit. Kadang2 ada peniaga yang sombong sikit so jangan beli di situ...jadi pergilah ke tempat lain, ada banyak lagi kedai lain yang boleh beri harga yang murah. Memang berbaloi.


@ Pasar Siti Khadijah. Semua barang tak kira basah mahupun kering ada di jual di sini. 


Ini bilik tidur anak murid CA. Memang besar giler Family Roomnya. Murah dan luas serta terletak betul2 di Pasar Wakaf Che Yeh.Yang gambar sebelah kiri pula Cikgu Nawi dan En. Adanan YDP Biro Kebajikan kami sedang membetulkan urat yang dah terbelit tu. Berminat boleh layari laman web Ridel Boutique Hotel.


Makan malam di gerai2 yang terletak di Wakaf Che Yeh. Sedap tapi servis lambat.


Di Wakaf Che Yeh pun macam2 ada. Sama je dengan Rantau Panjang tapi kena hati2 ye sebab selalunya para peniaga di sini suka kenakan harga yang tinggi pada orang luar. Sebaik2 nya cubalah cari kawan2 yang berasal dari sana bila nak melancong ke Kelantan. Kalau xde gak belajarla sikit2 dialek Klate. Bereh deh...



Ni di Kuala Terengganu. Nanti cuba cari kedai roti Abdullah ni. Kat tempat kita susah nak cari roti orang Melayu yang biasa kita makan roti Gardenia....sedap tau rotinya..




Ini Guest House tempat kami menginap. Boleh sumbat ramai2. Betul2 bersebelahan dengan Masjid Kristal. Sila layari laman web www.tti.com.my ye...macam CA siap ambil pakej makan malam, sarapan pagi, River Cruise, Guest House dan Taman Monumen sekali. Pakej pelajar disediakan untuk pelajar OKU lagi special price. Tapi nasib CA tak berapa baik sebab servis kurang memuaskan la..malas nak cerita harap pihak Taman Monumen Terengganu dapat tingkat lagi costumer servis anda...




4 gambar di atas adalah kenangan sewaktu kami melawat Sekolah Seri Nilam di Terengganu. Sekolah ni memang terbaik apatah lagi Pengetuanya juga merupakan Pengetua cemerlang. Komitmen yang diberikan oleh guru2 PPKI di sana telah melahirkan para pelajar yang berkemahiran tinggi. Lihat saja gambar2 di atas pelbagai kemahiran di beri seperti bidang masakan (cupcake, piza & ais krim), bidang pertanian (pelbagai jenis tanaman seperti cili, terung, bendi dll), perternakkan (ikan, ayam, itik & burung puyuh) dan juga jahitan kreatif. Semua hasil kemahiran tersebut dapat dijual sekaligus memberi peluang kepada para pelajar sebagai persediaan ke arah perkerjaan.





5 gambar di atas @ Masjid Kristal yang cantik menawan...




Ne Fong..lawatan terakhir sebab dah cukup umur 19 tahun...bye2 ne fong..Ni salah seorang pelajar CA, Sindrom Down...suka terkentut tapi kelebihan dia pandai menyanyi dan berlakon teater...


Jangan lupa naik Cruise di Taman Tamadun Islam... Puas dan seronok...



@ Taman Monumen...Di sini ada banyak monumen2 yang bersejarah termasuk yang paling terbaru adalah Masjidil Haram.



Last sekali beli sata dan keropok lekor...yang ni wajib beli sebab payah nak dapat...memang sedap.

Secara keseluruhannya, CA rasa berpuas hati dengan lawatan kali ini. walaupun banyak sangat rintangan dan halangan tapi alhamdulillah berjaya diharungi. Pesanan buat semua, berkunjunglah ke negeri pantai timur kerana ada banyak tempat2 yang menarik di sana. Jangan lupa tahun ni kan tahun melawat Ganu..tunggu apa lagi tinggal beberapa hari saja lagi cuti sekolah akan berakhir...selamat bercuti dan Selamat Tahun Baru...

Marilah kita bersama-sama menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2014 dengan cara melawat negeri2 yang ada di Malaysia...

Malaysia Truly Asia

Anda cikgu masakan? Dah buntu nak mengajar anak-anak istimewa kita memasak? Cubalah ke link ini Sensasi Kek Coklat pasti cikgu-cikgu boleh hasilkan produk untuk program cikgu sendiri. Cara buatnya mudah dan cara nak dapat income pun mudah. saya dah cuba dan berjaya. Anda bila lagi??? Side income kita sendiri pun boleh cikgu memang berbaloi.

Wednesday, 11 September 2013

CONTOH KERTAS KERJA FORMAT BARU

Salam sayang semua. Hari ni CA nak berkongsi satu lagi contoh kertas kerja format baru daripada PPD Gombak. CA tak tahu format ni sama ke tak dengan negeri yang lain. Tapi pada pandangan CA semua format boleh diguna pakai asalkan pihak pentadbir sekolah anda boleh menerimanya. Kertas kerja ni paling baru yang CA buat untuk tahun ni dan lawatan kali ni dalam Malaysia sahaja memandangkan tahun lepas kami telah ke luar negara. Tahun ni CA tersangat la sibuk sebab menyandang beberapa tugasan baru yang lebih mencabar. Dengan itu, CA jemput rakan2 membaca dan memberi komen mahupun bertukar2 kertas kerja supaya kita dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan2 diluar sana. Ok CA nak out dulu sebab nak ikuti aktiviti Terapi Berenang bersama pelajar PPKI SMK Rawang. Ada yang berminat nak tengok Kertas Kerja Terapi Berenang, Berkuda dan Bowling kami tak? Jom jadi follower saya...





LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KELANTAN DAN TERENGGANU
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK RAWANG, KM 25.6 JALAN IPOH
48000 RAWANG, SELANGOR


1.0       PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’, maka Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Rawang telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kelantan dan Terengganu. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar.

2.0       RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara untuk memasyarakatkan golongan         berkeperluan khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0       MATLAMAT
Matlamat utama program lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mengenali keunikan budaya negeri Kelantan dan Terengganu. Selain daripada itu, pelajar juga berpeluang melawat tempat-tempat yang menarik di negeri Kelantan dan Terengganu.

4.0       OBJEKTIF

1.
Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada pelajar – pelajar pendidikan khas membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.
2.
Dapat membuka minda pelajar-pelajar pendidikan khas dengan suasana dan pengalaman yang baru.
3.
Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan masyarakat
4.
Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran untuk pendidikan khas.


5.0       PELAKSANAAN LAWATAN
           
            5.1       Tarikh Lawatan dan Hari
                        24 – 27 September 2013 (Selasa – Jumaat)
                       
            5.2       Negeri Yang Dilawati
                        Kelantan dan Terengganu

           
5.3       Tempat
           

Kelantan Darul Naim
1.
Rantau Panjang
2.
Bazaar Tok Guru / Pasar Siti Khadijah
3.
Wakaf Che Yeh



Terengganu Darul Iman
1.
SMK Seri Nilam Kuala Terengganu
2.
Pasar Besar Kedai Payang
3.
China Town, Kuala Terengganu
4.
Taman Tamadun Islam
5.
Masjid Kristal
6.
Tasik Kenyir
7.
I-city Terengganu
8.
River Cruise Sg. Terengganu


5.4       Bilangan Pelajar
                        30 orang

            5.5       Bilangan Guru
                        9 orang

            5.6       Bilangan PPM
                        3 orang

6.0       KUMPULAN SASARAN
Program ini disasarkan kepada 9 orang guru-guru, 30 orang pelajar-pelajar dan 3 orang PPM PPKI, SMK Rawang.

SENARAI NAMA PELAJAR-PELAJAR

BIL
NAMA PELAJAR
1.
Ainol Idzham Arief b. Azman
2.
Chee Siew Chong
3.
Chong Ne Fong
4.
Harish a/l Murugan
5.
Hiran Raj a/l Ganesan
6.
Kannan a/l Mumudi Vanten
7.
Lai Jin Kit
8.
Liew Wei Soing
9.
Mohammad Syazwan b Adanan
10.
Muhamad Firdaus b. Othman
11.
Muhamad Hazrul b. Hussin
12.
Muhammad Afiq b. Abdul Rahman
13.
Muhammad Afiq Iqmal b. Muhammad Zaini
14.
Muhammad Haziq Hafiz b. Nor Azizi
15.
Muhammad Roszaiman b. Hasnol
16.
Nur Afiq Hakim b. Mohd Aris
17.
Ravindran a/l Ramoo
18.
Sulaiman b. Ismail
19.
Syukri b. Sallehudin
20.
Teng Zhi Hong
21.
Wong Jia Herng
22.
Wong Jun Yi
23.
Yong Wai Keat
24.
Ainur Shakira bt. Jamaludin
25.
An – Nur Syafiqah bt. Baharin Tahir
26.
Jamuna a/p Veraiah
27.
Nurizzati bt. Sallehodin
28.
Nurul Aiman Nabilah bt. Abdul Rashid
29.
Raihana bt. Ahmad
30.
Than Kai Qi


SENARAI NAMA GURU & PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)

BIL.
NAMA
1.
En. Norkasani b. Kamar
2.
En. Md. Nawawi b. Hassan
3.
En. Badiozaman b. Azman
4.
Pn. Marhaini bt. Dasiron
5.
Pn. Rosita bt. Mohd Said
6.
Pn. Nirmala a/p Palaniandy
7.
Pn. Siti Aishah bt. Khairudin
8.
Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz
9.
Pn. Wan Azita bt. Wan Yahya
10.
Pn. Noor Jannah bt. Salleh
11.
Pn. Asmahani bt. Hussin
12.
Pn. Siti Hajar bt. Hamsi


7.0       JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi
:
Pn. Hamidah bt. Husin
(Pengetua SMK Rawang)
Naib Pengerusi
:
En. Norkasani b. Kamar
(Pen. Kanan PPKI, SMK Rawang)
Setiausaha
:
Pn. Siti Aishah bt. Khairudin
Bendahari
:
Pn. Nirmala a/p Palaniandy
Ahli Jawatankuasa
:
Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz

:
Pn. Mastura bt. Abd Hamid
Pn. Noor Jannah bt. Salleh

:
Pn. Nirmala a/p Palaniandy

:
Pn. Marhaini bt. Dasiron
Pn. Rosita bt. Mohd Said
En. Md. Nawawi b. Hassan

:
Pn. Asmahani bt. Hussin
Pn. Siti Hajar bt. Hamsi
En. Badiozaman bt. Azman
                       


8.0       JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi
:
Pn. Hamidah bt. Husin
(Pengetua SMK Rawang)
Naib Pengerusi
:
En. Norkasani b. Kamar
(Pen. Kanan PPKI, SMK Rawang)
Setiausaha
:
Pn. Siti Aishah bt. Khairudin
Bendahari
:
Pn. Nirmala a/p Palaniandy
AJK Pengangkutan   
:
Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz
AJK Dokumentari/Dokumentasi
:
Pn. Mastura bt. Abd Hamid
Pn. Noor Jannah bt. Salleh
AJK Makanan dan Minuman
:
Pn. Nirmala a/p Palaniandy
AJK Disiplin
:
Pn. Marhaini bt. Dasiron
Pn. Rosita bt. Mohd Said
En. Md. Nawawi b. Hassan
AJK Keselamatan/kebersihan
:
Pn. Asmahani bt. Hussin
Pn. Siti Hajar bt. Hamsi
En. Badiozaman bt. Azman
           


9.0    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

      1. Setiausaha       :
          Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat   
          dengan proram lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib
          Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan program. Membuat
          follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.

      2. Bendahari                     :
          Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi
          perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.

      3. AJK Pengangkutan :
          Menghubungi pihak bas – sebuah bas, bayaran,  memastikan bas                
          mempunyai permit dan insurans serta memastikan kedudukan pelajar   
          semasa di dalam bas.

      4. AJK Makanan & Minuman :
          Menguruskan makan dan minum pelajar sepanjang lawatan.

      5. AJK Dokumentasi/dokumentari          :
          Menyediakan peralatan untuk dokumentari/dokumentasi (kamera, video-
          cam) dan mendokumentasikan aktiviti sepanjang program berlangsung.

      6. AJK Disiplin      :
          Memastikan disiplin pelajar sepanjang aktiviti dijalankan.


      7. AJK Keselamatan & Kebersihan :
          Mengawasi keselamatan peserta sepanjang program berjalan. 
          Menyediakan plastik (sampah dan muntah) serta first aid. Memastikan
          kebersihan sepanjang perjalanan dan penginapan.


10.0     TENTATIF LAWATAN

            HARI PERTAMA (24/09/13)
            7.30 pg          Berkumpul di PPKI SMK Rawang
            8.30 pg          Bertolak ke Terengganu
            4.30 ptg         Check in hotel/Solat Jamak/Berehat
            5.30 ptg         Melawat sekitar Bandar Kuala Terengganu/ membeli
keropok losong dll 
            7.00 mlm       Solat Jamak
            8.00 mlm       Makan malam/ menaiki River Cruise/ melawat i-city Kuala
Terengganu

            HARI KEDUA (25/09/13)
            7.00 pg          Sarapan Pagi
            8.30 pg          Melawat sekolah
            10.00 pg        Melawat kompleks kraf Noor Arfa Batik
            11.00 pg        Membeli belah di Pasar Payang
            1.00 tgh         Makan tengahari
2.30 ptg         Melawat Masjid Kristal/ Solat Jamak/
Melawat Taman Tamadun Islam
6.00 ptg         Aktiviti bebas
8.00 mlm       Makan malam
           
            HARI KETIGA (26/09/13)
            7.00 pg          Sarapan pagi
            8.30 pg          Bertolak ke Rantau Panjang untuk membeli belah
            1.00 tgh         Makan tengahari
4.30 ptg         Check In Hotel/ Solat Jamak/ Aktiviti Bebas    
            5.30 ptg         Bersiar di Pantai Cahaya Bulan
            7.00 mlm       Solat Jamak/Aktiviti bebas/Makan Malam
            9.00 mlm       Membeli belah di Wakaf Che Yeh

            HARI KEEMPAT (27/09/13)
            7.00 pg          Sarapan pagi (Pasar Tani)
            9.30 pg          Berkumpul dilobi
            10.00 pg        Membeli belah di Pasar Siti Khadijah/ Bazar Tok Guru
            11.30 pg        Bertolak pulang ke SMK Rawang
            9.00 mlm       Dijangka tiba di SMK Rawang    
                                  
                                  
           
11.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA
KUANTITI
JUMLAH
Bas (Duit LPBT)
  1 x RM 3700.00
RM   3700.00
Penginapan (2 mlm)
Tiket masuk ke TTI
(Tanggungan Sendiri)
42 x RM   200.00
RM   8400.00
Jumlah
RM 12,100.00



12.0     PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Rawang. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.




Disediakan oleh :       

……………………………………..
(SITI AISHAH BT. KHAIRUDIN)
Setiausaha
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Rawang                                                                  
Disemak oleh :

……………………………      
(NORKASANI B. KAMAR)
Penolong Kanan
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Rawang                                                                  



Disahkan oleh :

……………………………
(HAMIDAH BT. HUSIN)
Pengetua
SMK Rawang
















Apakah perbezaan kertas kerja sebelum ini dengan format yang baru ini? Cuba anda selidik sendiri baru tahu jawapannya. Jangan main copy je tanpa tahu apa yang kita buat. CA tak kesah sape nak copy dipersilakan tapi baca dulu dan cuba sesuaikan dengan cara penerimaan pengetua anda! 


Anda cikgu masakan? Dah buntu nak mengajar anak-anak istimewa kita memasak? Cubalah ke link ini Sensasi Kek Coklat pasti cikgu-cikgu boleh hasilkan produk untuk program cikgu sendiri. Cara buatnya mudah dan cara nak dapat income pun mudah. saya dah cuba dan berjaya. Anda bila lagi??? Side income kita sendiri pun boleh cikgu memang berbaloi.