Wednesday, 3 June 2015

LAWATAN KE KILANG VITAGEN


Salam Sayang semua...

Lama CA tak menjengah ke blog ni...minta maaf pada rakan2 guru yg pm di fb atau minta CA emailkan kertas kerja sb CA cuti bersalin sebenarnya...tak sempat nak layan permintaan rakan2 dan ada yang CA layan sekerat jalan jer...sorry sangat2...sebenarnya semua kertas kerja boleh copy n paste jer kat sini....sekarang kesibukan CA dah jadi berganda-ganda...takpe abaikan seketika kesibukan CA yang berganda-ganda tu....kali ni CA nak berkongsi lawatan CA ke Kilang Vitagen di Petaling Jaya pada 15 Mei 2015 yang lalu. Seramai 19 orang murid, 9 orang guru serta 2 orang PPM yang mengikuti lawatan kali ini. Kami bertolak jam 8.30 pagi dari Rawang bagi mengelak dari jem, biasalah area situ nak2 waktu berkerja padahal taklah jauh manapun tapi disebabkan jem tu menyebabkan perancangan dari segi masa tu penting ye..kami tiba di sana seperti yang telah dijanjikan iaitu hampir pukul 10.00 pagi..setibanya di sana kami telah disambut oleh Pn. Zaihan selaku individu yang akan menjadi tour guide kami...


sorry la ye..sampai2 je ternampak pulak Lisa Surihani terus amik gambo...he..he.. lepas gian cikgu2 nya..




Sesi taklimat oleh Pn. Zaihan..antara perkara yang diterangkan adalah mengenai cara pembuatan vitagen dan khasiatnya kepada sistem penghadaman kita. Sejujurnya CA tak tau pun Marigold Peel Fresh pun dihasilkan di kilang yang sama...




Selesai taklimat mengenai produk vitagen, kami di bawa melawat sekitar kilang vitagen...tapi sebelum melawat kami telah diberi taklimat tentang peraturan2 yang perlu dipatuhi seperti :
1. perlu menutup rambut bagi yang tidak memakai tudung (macam gambar kat atas tu ye..)
2. barang kemas/jam tangan perlu ditanggalkan..so tak payah la nak pakai perhiasan banyak2 sgt..semua tu blh disimpan di dlm locker bersama handbag anda sekali..
3. perlu berjalan mengikut garisan kuning..

Sewaktu melawat kilang tak blh ambil gambar so apa yang boleh CA kongsikan adalah kilangnya taklah besar mana..kecil sahaja tapi kita boleh lihat bagaimana produk tersebut diproses bermula dengan cara penghasilannya sehinggalah kepada pembungkusan. Lupa nak bagitau kat situ tak boleh membeli belah ye...



Selesai melawat kilang kami berkumpul semula ke dalam bilik taklimat dan seterusnya dijemput untuk menjamu selera..tapi yang paling bestnya kami dapat merasa semua jenis produk keluaran Malaysia Milk Sdn. Bhd. semua perasa kami telan sampaikan perut kami rasa bagai dicuci..mana taknya lepas minum vitagen minum peel fresh lepas tu air yogurt, susu HL dan makan yogurt...mau tak bergelodak perut ni??? tapi memang best la sebab kita tau apa yang terbaik dan sesuai dengan citarasa kita.. Lagi satu cuba tengak gambar yang keempat tu Pn. Zaihan turut menerangkan cara nak buka air peel fresh/susu HL yang dalam kotak tu..rupanya ada teknik ye..xtau pun main belasah je selama ni...he..he..

  


Dah selesai aktiviti menjamu selera kami kembali ke dewan taklimat untuk aktiviti yang terakhir iaitu sesi kuiz dan juga penyampaian Goody Bag...dalam goody bag tu ada 5 botol air vitagen, 1 kotak susu UHT milk, buku nota kecil dan penanda buku...sayang tak dapat nak ambil gambar sb sampai jer rumah anak2 dah serbu.. 




Wajah2 kesayangan hamba...

Selesai sudah lawatan kami kali ini...walaupun ringkas tapi penuh dengan informasi..lawatan seterusnya ke Melaka..sory ye tahun ni CA tak buat kertas kerja dah tapi CA mohon sekiranya ada rakan2 guru yang sudi nak berkongsi kertas kerja anda di dalam blog CA...CA alu2 kan..just emailkan kertas kerja tersebut, nama cikgu, nama sekolah dan fb cikgu (jika tak keberatan) ke sya_rizqa@yahoo.com..lagi banyak kita berkongsi lagi banyak manfaat yang kita beri pada orang lain bukan???




4 comments:

  1. selamat pagi saya guru tabika perpaduan nak tanya jika tabika saya nak buat lawatan kekilang encik pada 26.7.2019 boleh tak?
    harap boleh dapat jawapan dari encik terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cikgu, mohon emel no telefon atau boleh saya dapatkan emel cikgu, saya ada beberapa soalan yang ingin bertanya, terima kasih

    ReplyDelete