Tuesday, 26 March 2013

CONTOH KERTAS KERJA LAWATAN

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Di sini CA nak berkongsi kertas kerja yang CA guna pakai sepanjang melaksanakan aktiviti lawatan. Sebenarnya ada banyak contoh lain yang lebih baik tapi ini kk yang biasa CA gunakan.Sekadar berkongsi buat teman2 guru yang bertanyakan CA tentang proses melaksanakan lawatan terutamanya lawatan ke USS. Terima kasih sebab sudi layari blog CA. Dikesempatan ini CA mohon maaf sangat sb tak dapat nak publish kk ni spt yang dijanjikan. CA hadapi pelbagai rintangan sepanjang cuti bersalin ni..yang paling sedih bila baby yang baru lahir dimasukkan ke ICU kerana jangkitan kuman pada paru2. 2 minggu lepas tu masuk balik wad biasa di HKL. Minta rakan2 yang melayari blog CA mendoakan kesihatan baby Surfina sihat selalu. Tapi harus diingat ini hanya contoh sahaja ia bergantung kepada cara pengetua anda juga. Nanti jangan salahkan CA bila pengetua tak terima kertas kerja anda. Seperti yang dijanjikan CA kongsikan kk yang CA guna pakai:




PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK RAWANG, KM 25.6 JALAN IPOH
48000 RAWANG, SELANGOR


1.0         PENDAHULUAN
   Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak  pengalaman’, maka Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Rawang telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Singapura. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar.

2.0      RASIONAL
      Selaras dengan hasrat Negara untuk memasyarakatkan golongan          
berkeperluan khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0     OBJEKTIF
       1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada 
           pelajar - pelajar pendidikan khas membina keyakinan diri melalui aktivti 
           sosial yang bersesuaian.
       2. Dapat membuka minda pelajar-pelajar pendidikan khas dengan
           suasana dan pengalaman yang baru.
       3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan
           dengan dunia luar dan masyarakat.
       4. Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang
           pengajaran dan pembelajaran untuk pendidikan khas.


4.0       DESTINASI

            Singapura & Johor Bharu
           
5.0       PERLAKSANAAN LAWATAN
           
            Tarikh              : 18 - 19 Oktober 2012
            Hari                 : Khamis - Jumaat
            Masa               : 7.00 pagi – bertolak
                                     12.30 malam – tiba di Rawang


6.0       KUMPULAN SASARAN
             Program ini disasarkan kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan PPM
   PPKI, SMK Rawang. (Sekiranya tidak mahu meletakkan senarai nama peserta 
             lawatan seperti di bawah anda boleh nyatakan jumlah pelajar dan guru  
             yang mengikuti lawatan tersebut sahaja. Tujuan saya menyenaraikan 
             nama peserta lawatan adalah bagi tujuan penajaan pihak tertentu 
             sahaja).

SENARAI NAMA PELAJAR-PELAJAR

BIL
NAMA PELAJAR
1.
Abdul Khalis bin Zainudin
2.
Chee Siew Chong
3.
Chong Ne Fong
4.
Hiran Raj a/l Ganesan
5.
Kannan a/l Mumudi Vanten
6.
Liew Wei Soing
7.
Mohammad Syazwan b Adanan
8.
Muhamad Firdaus b Hasim
9.
Muhamad Hazrul b Hussin
10.
Muhammad Afiq b Abdul Rahman
11.
Muhammad Afiq Iqmal b Muhammad Zaini
12.
Muhammad Haziq Hafiz b Nor Azizi
13.
Muhammad Roszaiman b Hasnol
14.
Nur Afiq Hakim b Mohd Aris
15.
Sulaiman bin Ismail
16.
Syukri bin Sallehudin
17.
Wong Jia Herng
18.
Wong Leong Chun
19.
Yong Wai Keat
20.
Ainur Shakira bt. Jamaludin
21.
Jamuna a/p Veraiah
22.
Nur Hamizah bt. Rosli
23.
Nurizzati bt. Sallehodin
24.
Raihana bt. Ahmad
25.
Than Kai Qi


SENARAI NAMA GURU & PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)

BIL.
NAMA
1.
En. Norkasani b. Kamar
2.
En. Md. Nawawi b. Hassan
3.
Pn. Marhaini bt. Dasiron
4.
Pn. Rosita bt. Mohd Said
5.
Pn. Nirmala a/p Palaniandy
6.
Pn. Siti Aishah bt. Khairudin
7.
Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz
8.
Pn. Mastura bt. Abd Hamid
9.
Pn. Wan Azita bt. Wan Yahya
10.
Pn. Noor Jannah bt. Salleh
11.
Pn. Hairani bt. Harun
12.
Pn. Asmahani bt. Hussin


7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN


PERKARA
KUANTITI
JUMLAH
Bas (Duit LPBT)
  1 x RM 3000.00
RM   3000.00
Pakej ke Singapura (Tanggungan Sendiri)
25 x RM 236 .00 (pel)
12 x RM 330.00 (guru)
RM   5900.00
RM   3960.00
Jumlah
RM 12860.00




7.1       AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi
:
Pn. Hamidah bt. Husin
(Pengetua SMK Rawang)

Naib Pengerusi
:
En. Norkasani b. Kamar
(Pen. Kanan PPKI, SMK Rawang)
Setiausaha
:
Pn. Siti Aishah bt. Khairudin
Bendahari
:
Pn. Nirmala a/p Palaniandy
AJK Pengangkutan        
:
Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz
AJK Dokumentari/Dokumentasi
:
Pn. Mastura bt. Abd Hamid
Pn. Noor Jannah bt. Salleh
AJK Makanan dan Minuman
:
Pn. Nirmala a/p Palaniandy
AJK Disiplin
:
Pn. Marhaini bt. Dasiron
Pn. Rosita bt. Mohd Said
En. Md. Nawawi b. Hassan
AJK Keselamatan/kebersihan
:
Pn. Hairani bt. Harun
Pn. Asmahani bt. Hussin
    
7.2    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

      1. Setiausaha       :
          Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat   
          dengan proram lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib
          Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan program. Membuat
          follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.

      2. Bendahari                     :
          Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi
          perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.

      3. AJK Pengangkutan :
          Menghubungi pihak bas – sebuah bas, bayaran,  memastikan bas                
          mempunyai permit dan insurans serta memastikan kedudukan pelajar   
          semasa di dalam bas.

      4. AJK Makanan & Minuman :
          Menguruskan makan dan minum pelajar sepanjang lawatan.

      5. AJK Dokumentasi/dokumentari          :
          Menyediakan peralatan untuk dokumentari/dokumentasi (kamera, video-
          cam) dan mendokumentasikan aktiviti sepanjang program berlangsung.

      6. AJK Disiplin      :
          Memastikan disiplin pelajar sepanjang aktiviti dijalankan.


      7. AJK Keselamatan & Kebersihan :
          Mengawasi keselamatan peserta sepanjang program berjalan. 
          Menyediakan plastik (sampah dan muntah) serta first aid. Memastikan
          kebersihan sepanjang perjalanan dan penginapan.

7.3    TENTATIF LAWATAN

         HARI PERTAMA
7.00 AM       BERTOLAK KE JOHOR BHARU
12.00 PM     MAKAN TENGAHARI DI JB
1.00 PM       CHECK IN HOTEL
2.00 PM       LAWATAN SEKITAR JB
7.00 PM       BERIADAH DI DANGA BAY
9.00 PM       BALIK KE HOTEL

HARI KEDUA
7.00 AM      SARAPAN PAGI DI HOTEL DAN CHECK OUT
8.00 AM      BERTOLAK KE SINGAPURA
9.30 AM      MELAWAT SENTOSA ISLAND
10.00 AM    UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE (USS)
7.00 PM      BERTOLAK DARI SINGAPURA
12.30 AM    DIJANGKA TIBA DI RAWANG

7.4    PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Rawang. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.


Disediakan oleh :       

……………………………………..
(SITI AISHAH BT. KHAIRUDIN)
Setiausaha
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Rawang     

*(Boleh ditukar kepada Setiausaha Program Lawatan)                                                                
Disemak oleh :

……………………………      
(NORKASANI B. KAMAR)
Penolong Kanan
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Rawang                                                                   

Disahkan oleh :

……………………………
(HAMIDAH BT. HUSIN)
Pengetua
SMK Rawang





















46 comments:

  1. berminat nak belajar uruskan lawatan sambil belajar :)boleh bantu saya??

    ReplyDelete
  2. salam zeryn curl..apa yg saya boleh bantu ye??boleh add sy di FB Aishah Khairudin, TQ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. assallam
      gambar profile yg mana ye? x jumpa cari.
      @ blh wassap sy x
      0126286857

      Delete
    2. Terima kasih sekalung budi atas panduan kertas kerja puan.

      Delete
  3. salm ckg aishah.saya dr ppki kg.pasir .saya nk mnta tolong tunjuk ajar bgmna nk buat lwatan luar untk ppki ni.boleh tak sy tnye lbh lnjut di fb?

    ReplyDelete
  4. boleh aje add la sy di fb Aishah Khairudin

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq...En. Amsyahril Syahril..sekiranya nak iklankan sebarang pakej lawatan diblog Travel With Cikgu Aishah sila hubungi saya..tq..

      Delete
  6. aslkm. minta izin tuan rumah copy ye.

    ReplyDelete
  7. Salam, kalau pelajar yang buat kertas kerja ni? Pengerusi dia ketua kelas ke? Dan kena buat dalam bentuk buku skrap atau apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..pengerusi tetap kena pengetua, n.pengerusi : guru pembimbing, setiausaha, bendahari dan ajk kecil baru pelajar....boleh CA tau kertas kerja ini untuk apa ye?sepatutnya cikgu yg bertanggungjawab kena pantau..sebab ini dokumen rasmi yang perlu mendapat kebenaran pengetua...

      Delete
    2. Kertas kerja untuk lawatan kelas. Pelajar biasanya buat lawatan lepas habis periksa. Dan biasanya di sekolah saya, pelajar yang buat sendiri.Cikgu hanya jadi pengiring. Semua benda pelajar yang uruskan. Harap CA bantu. Terima kasih.

      Delete
  8. Assalamualaikum Cikgu Aishah,

    Minta izin untuk copy kertas kerja ni ya. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualikum cikgu Aishah..nak tumpang copy jgk..

    ReplyDelete
  10. Assamualaikum Cikgu Aishah ...minta kebenaran untuk copy ya.

    ReplyDelete
  11. guna passport berkumpulan ke cikgu aishah? mcm mana nk mohon ye? ibu bapa pelajar kena hadir jgk ke masa memohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat reply..so busy..passport berkumpulan boleh buat surat hantar ke pejabat imigresen yang berhampiran..minta mereka datang ke sekolah untuk uruskan pasport berkumpulan tapi banyak kerja jugak seperti cikgu kena pergi ke pjbt imigresen utk ambil borang, slps siap diisi oleh peserta rmbngn baru pihak imgrs dtg ke sekolah untuk ambil cap jari dan ibu/bapa pelajar wajib ada bersama sewaktu itu....last sekali barulah cikgu kena pergi semula ke imigrsn utk ambil pasport..leceh jugak pada saya lebih baik buat secara individu...if pelajar PPKI dapat buat free shj..

      Delete
  12. Assalamualaikum. Saya pelajar tingkatan 6 Atas SMK Matang Jaya, Kuching Sarawak meminta izin Cikgu Aisyah untuk copy contoh kertas kerja ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Salam Cikgu Aishah.

    Terima kasih Cikgu telah bermurah hati untuk mengizinkan saya iklan disini, semoga kebaikan hati Cikgu Aishah ni menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya.

    Dan kalau Cikgu Aishah datang ke Indonesia, saya pasti bagi harga tour yang sangat spesial.

    Wassalam Kita Hoplidays Travel & Tour Indonesia.
    Amsyahril

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum.. minta izin copy kertas kerja ni. saya cikgu pendidikan khas juga. Tahun ni Plan nak bawa pelajar oku melawat johor dan singapura.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum cikgu Aishah...saya minta izin nak copy kertas kerja ni ya...Semoga Allah memberkati kehidupan cikgu di dunia dan di akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. dialu-alukan..terima kasih sudi view blog saya..amin..

      Delete
  16. Saya ada tengok tengok kk ni. Emmm... boleh dikongsi bersama. Terkejut sebab ada seseorang yang macam saya kenal tapi tak tahu dah berpindah ke SMK Rawang. Sampaikan salam saya buat Ustaz Norkasani Kamar. Beritahu dia kawan lama dia Cikgu Mohd Nizam Idris.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Cikgu,,mohon izin utk copy ya...

    ReplyDelete
  18. Cikgu saya ingin meminta kebenaran untuk menggunakan kertas kerja ini sbg sumber rujukan saya

    ReplyDelete
  19. Hi cikgu. Saya mohon copy kertas kerja cikgu ye. Ini pertama kali bagi saya menulis kertas kerja utk lawatan murid Tahun 6 saya. Nasib baik ada contoh daripda cikgu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. Ok..tq sb sudi mlwt blog sy..smg bjaya..

    ReplyDelete
  21. mmg pengerusi tuu pengetua ke walaupun sekadar rombongan kelas dan bkn sepatutnye kelua kelas yg menjadi pengerusi
    ??

    ReplyDelete
  22. cg, minta izin untuk copy ye :)

    ReplyDelete
  23. PAKEJ PENGINAPAN DAN LAWATAN PALING MURAH KE MELAKA BAGI PELAJAR/STUDENT SEKOLAH/KOLEJ/UNIVERSITI 2016 – 2017

    Kami menyediakan pakej lawatan pelajar ke Melaka dengan pakej lawatan yang sangat menarik.

    Pakej untuk penginapan bagi seorang pelajar;

    Hari Biasa (Ahad – Khamis);
    - Sekolah Rendah : RM25.00
    - Sekolah Menengah: RM25.00
    - Institut Pengajian Tinggi (IPT): RM35.00

    Hujung Minggu (Jumaat & Sabtu), Cuti Umum & Cuti Sekolah;
    - Sekolah Rendah: RM35.00
    - Sekolah Menengah: RM35.00
    - Institut Pengajian Tinggi : RM45.00

    Pakej Sarapan (packing) juga disediakan pada kadar RM 5.00 bagi setiap pelajar.

    Harga boleh dirunding.

    Penginapan asrama dan apartment akan disediakan INDAH Kembara Apartment & Hostel, Klebang Melaka akan kami sediakan.

    Sila lawati http://www.indahkembara.com/

    Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi kami:

    INDAH Kembara Apartment & Hostel Melaka;
    (diuruskan oleh World Heritage Management)
    No. 46, Jalan LJ 1, Taman Limbongan Jaya,
    75250 Limbongan, Melaka

    HOTLINE:
    Ms Hana 013-2987378

    anda juga bole menghantar mesej melalui SMS , WhatsApp

    Email:
    sales@worldheritage.com.my
    melakatour@gmail.com

    Laman web kami:
    http://www.indahkembara.com
    http://www.homestaymelaka.com.my
    http://homestaymelaka.worldheritage.com.my
    http://www.worldheritage.com.my
    http://www.hotelmelaka.com.my

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum cikgu aishah , apa kaba cikgu :-)....sy ada baca contoh kertas kerja ( lawatan ) cikgu ...nampak menarik ...sy mohon jasa baik cikgu , izinkan sy copy kertas keje niyer :-)...

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum, izinkan saya untuk copy ya

    ReplyDelete
  26. Assalammualaikum Cikgu Aisyah,
    Izinkan saya copy ye

    ReplyDelete