Thursday 23 January 2014

VISIT MALAYSIA 2014 (MALAYSIA TRULY ASIA)

Salam sayang semua..

Tahun ini tahun melawat Malaysia, sebagai rakyat Malaysia CA berasa sangat bangga dan berbesar hati menerima kunjungan para pelancong luar negara. Kerajaan telah memperuntukkan berbilion ringgit untuk mempromosikan Malaysia dimata dunia. Jumlah yang banyak tu bukannya sedikit. Jadi sebagai rakyat Malaysia kita juga tidak terlepas dari memikul tanggungjawab untuk membantu mempromosikan Malaysia. 

Siapa yang terlibat? dan Bagaimana nak bantu promosi?
  • Kerajaan - dah memperuntukkan berbilion ringgit untuk tujuan promosi.
  • Agensi pelancongan - masa ni la boleh buat duit tapi tolonglah sediakan pakej yang istimewa dan berkualiti. Jangan ambil kesempatan terhadap pelancong nanti buruk nama negara kita.
  • Mereka yang terlibat dengan pengangkutan (bas, teksi, keretapi dll) - fasih berbahasa inggeris, mesra dan sedia untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti. Jangan ambil kesempatan pula dengan menaikkan harga terutama pemandu teksi!
  • Mereka yang terlibat dengan penginapan (perhotelan, homestay dll) - fasih berbahasa inggeris, mesra dan pastikan perkhidmatan yang diberi berkualiti.
  • Diri kita sendiri - mesra, sedia membantu para pelancong seperti mampu menjawab soalan para pelancong dengan baik dan berbudi bahasa. Tak reti berbahasa inggeris takpe gunala bahasa isyarat tak reti juga tolonglah bawa mereka kepada sesiapa yang paham.... jangan terus blah macam tu aje tinggalkan mereka, kesian la dekat mereka...bayangkan kalau perkara yang sama terjadi pada kita... sakit ati tak?? CA harap sangat rakyat Malaysia tunjukkanlah tingkah laku yang baik...janganlah nak buat demostrasi disaat ramai pelancong datang ke negara kita. Lagi satu perkara yang merisaukan CA para pencopek dan penjenayah ni...nak cakap banyak pun buang air liur je yang penting beramai-ramai la kita mendoakan kesejahteraan Malaysia dan jauhkanlah negara kita ni dari malapetaka. Semoga tahun ini memberi kebahagiaan kepada semua...
Ini apa yang terlintas difikiran CA sahaja. Lagipun ketika menaip entri ini CA tunggu masa nak balik dari sekolah. Hari inikan Jumaat jadi tiba-tiba tangan ni gatal nak menaip. Apa yang CA nak sampaikan adalah jaga KUALITI, TINGKAH LAKU dan BUDAYA kita...salam sayang semoga bertemu lagi...nanti ada masa CA akan ceritakan aneka makanan yang sedap lagi lazat di Malaysia..adios..



No comments:

Post a Comment